Company

Program

Terms & Policies

© 2025 TikTok

#berbelly

8 posts

7 Baka Kambing Yang Popular di Malaysia 1. Barbados Kambing Barbados adalah dalam keluarga bebiri. Tetapi ianya tidak mempunyai bulu yang tebal. Baka ini dikenali juga sebagai Barbados Black Belly kerana di bahagian perutnya berwarna kehitaman. Berbanding bebiri yang lain, Barbados tidak mempunyai bulu yang tebal, tetapi membunyai bulu seakan rambut dan kelihatan seperti kambing kampung. Ianya sesuai untuk dibuat masak berkuah atau nasi briyani. Baka jenis ini hidup dalam suhu sederhana, tahan panas dan tahan penyakit menyebabkan ianya antara baka kambing yang digemari oleh penternak di Malaysia. 2. Damara Damara pula juga dalam keluarga bebiri. Selain itu, ianya juga dikenali sebagai Long Tail, kerana ekornya yang agak panjang berbanding baka yang lain. Bulunya agak sedikit bergumpal seperti kapas dan boleh hidup dalam keadaan minimal. Dengan daya tahannya yang tinggi dari penyakit dan boleh bertahan dalam keadaan nutrisi yang minima, menyebabkan sebagai salah satu baka yang mudah di dapati di kandang-kandang di Malaysia. Saiz kambing ini biasanya adalah sekitar 20 – 40KG dan sesuai untuk dibuat masak berkuah, atau nasi briyani atau digolek. 3. Merino Merupakan salah satu dari beberapa baka kambing biri-biri yang popular digunakan oleh penternak kambing di Malaysia. Kebanyakannya di import dari Australia. Ianya diternak kerana bulunya yang tebal dan mempunyai volume yang lebat berbanding bebiri lain. Kambing baka ini tiada tanduk, kalau ada pun akan berbentuk bulat mengelilingi telinganya. Kambing jenis ini amat enak dagingnya untuk dibuat masak berkuah atau dipanggang kerana isi dan lemaknya yang sekata. 4. Dorper Baka Dorper pula adalah merupakan salah satu baka bebiri. Baka ini asalnya adalah dari benua Afrika (spesifiknya di Afrika Selatan). Ianya merupakan kacukan baka Dorset Horn dan Blackhead Persian Sheep. Ianya mudah dikenali dengan saiznya berkaki pendek dan gemuk serta berkepala hitam. Namun ada juga Dorper yang berkepala putih tetapi ianya adalah jenis lain. Perkataan Dorper ini di ambil dari asal Dorset Horn dan Persian Sheep yang mana ianya menghasilkan baka kambing bebiri berkualiti tinggi. Baka Ini merupakan antara pilihan kami untuk di golek sekiranya stok masih ada kerana dagingnya yang empuk dan lemaknya yang sekata menghasilkan kambing golek yang berkualiti terbaik. 5. Katjang Kambing baka Katjang, atau orang tempatan menyebutnya kambing kacang, merupakan keluarga goat atau kambing. Ianya berasal dari Malaysia dan Indonesia. Kambing ini mempunyai keupayaan hidup yang tinggi dan juga tahan lasak. Ianya mempunyai tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang. Lehernya pendek dan bulunya pendek dan kasar. Kadar kelahiran kembar dari baka ini adalah tinggi. Namun, kambing baka ini tidak sesuai untuk di buat golek kerana lemaknya yang kurang. Bagus untuk kesihatan. Jadinya, kambing jenis ini amat sesuai untuk dijadikan masak berkuah atau nasi biriyani. 6. Jamnapari Jamnapari adalah dalam keluarga kambing (goat). Muka agak cembung (Roman Nosed) dan berstruktur rangka yang agak besar. Bulunya lebat di bahagian leher dan punggung. Telinga panjang dan melampai ke bawah. Saiz besar tetapi isinya agak kurang. Sesuai untuk di buat masak berkuah atau nasi biriyani atau nasi arab. 7. Boer Baka Boer di kenali sebagai kambing pedaging. Ini kerana isinya yang tebal dan lemaknya agak minimum, namun rata dengan daging. Ia tergolong dalam keluarga kambing (goat). Kulitnya nipis dan berbulu halus. Tahan penyakit dalam pelbagai cuaca. Sesuai untuk dimasak masakan berkuah, dan digolek.

Replying to @Kulik Makanan Babi memang paling enak, bisa diolah menjadi berbagai hidangan, apa lagi Crispy Pork Bellynya 🤤 Kalau mau nyobain babi ter-enak di bali, mampir deh ke Wong Fei Hung! Source : https://indonesiabaik.id/infografis/apakah-orang-indonesia-sudah-cukup-makan-daging https://savoreat.com/global-preferences-the-most-consumed-meat-in-the-world/#:~:text=Pork%2C%20for%20example%2C%20is%20the,to%20its%20versatility%20and%20affordability. #Crispypork #Porkbelly #Pork #Babipanggang