Sorang peniaga kereta import mendakwa terpaksa menanggung kerugian besar apabila kenderaannya yang diangkut menggunakan sebuah kapal ditahan di perairan selatan berhampiran Batu Pahat. Peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, mendakwa keretanya ditahan disebabkan sebuah kebakaran yang berlaku pada 2 Disember lalu membabitkan lebih 1,500 pemilik kenderaan pelbagai jenama. Walau bagaimanapun, beliau mendakwa 10 unit keretanya tidak terbabit dengan kebakaran Menurutnya lagi, api dilaporkan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 6 Disember 2024 selepas bantuan kapal penyelamat tiba tiga hari sebelumnya. Nasib malang menimpa beliau beliau bermula apabila pemilik kapal mengisytiharkan 'General Average' (GA) pada 17 Disember 2024. Pengisytiharan ini didakwa memaksa semua pemilik kargo berkongsi kos kerugian, tanpa mengira sama ada barangan mereka terjejas atau tidak. Lee juga turut mendakwa bahawa pihak pemilik kapal menuntut deposit sebanyak 60 peratus daripada nilai kenderaan (50 peratus untuk jaminan penyelamatan dan 10 peratus) untuk jaminan GA. "Kami terpaksa membayar pinjaman bulanan untuk kereta yang masih tertahan. Dalam masa sama, kami perlu menyediakan wang sebanyak 60 peratus daripada nilai kereta untuk mendapatkannya semula. Bayangkan tekanan yang kami hadapi," katanya. Menurutnya lagi, walaupun kenderaan telah diturunkan ke perairan selatan pada 3 Januari 2025, pemilik mendakwa mereka masih tidak dibenarkan mengambil kenderaan tanpa membayar deposit GA. Mereka juga dimaklumkan tidak dibenarkan memeriksa keadaan kenderaan yang kini terdedah kepada cuaca di pelabuhan. Lee juga mendedahkan bahawa sehingga kini, tiada laporan rasmi dikeluarkan mengenai punca kebakaran, manakala kapal yang terbabit dengan insiden kebakaran telah belayar ke Pulau Batam untuk pembaikan. Manga mendakwa ketiadaan ketelusan dalam pengiraan kos GA dan penyelamatan turut menimbulkan persoalan dalam kalangan mangsa. Para pemilik kenderaan kini mendakwa terpaksa menanggung kos berganda dengan membayar ansuran bulanan untuk kereta yang ditahan, menyewa kenderaan untuk kegunaan harian, dan dalam masa yang sama perlu mengumpul wang yang besar untuk deposit GA. Lee mendakwa mereka terus menanti penyelesaian yang adil untuk situasi yang tidak pernah terlintas di fikiran mereka. "Kami bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak. Kami cuma mahu keadilan. Bagaimana munasabah kami perlu menanggung kos yang begitu tinggi sedangkan kami sendiri adalah mangsa dalam situasi ini?" katanya.
PACITAN - Sejumlah pedagang di Pasar Minulyo Pacitan masih menunggak pembayaran sewa lapak mereka tahun 2024. Berdasarkan data dinas perdagangan dan tenaga kerja (disdagnaker) setempat, total piutang mencapai Rp 202 juta. Terdiriri dari Rp 187 juta sewa kios dan Rp 14 juta sewa los. Menurut Plt Kepala Bidang Pasar Disdagnaker Pacitan Agus Ismanto, meskipun beberapa kios kosong atau tidak digunakan untuk berjualan, penyewa wajib membayar sesuai surat keputusan (SK) yang telah ditetapkan. ‘’Total masa piutang akan terus menjadi terutang. Sebab, sudah menyewa berdasarkan SK, jadi tetap harus dibayar,’’ katanya Rabu (5/3). Nilai sewa lapak di Pasar Minulyo bervariasi. Berkisar antara Rp 2 juta hingga Rp 2,5 juta per tahun tergantung lokasi tempat usaha. Namun, dalam proses penagihan yang dilakukan bersama satpol PP, ditemukan banyak kios yang tidak beroperasi. Sehingga sulit menagih dari penyewanya. ‘’Kami menargetkan tunggakan ini bisa segera diselesaikan. Pedagang yang memiliki utang bisa membayar dengan cara diangsur atau menggunakan metode lain yang memungkinkan,’’ tambahnya. Tunggakan ini juga dianggap melanggar Peraturan Daerah (Perda) Nomor 09/2023 tentang Pajak Daerah dan Retribusi Daerah. Disdagnaker akan terus berupaya menagih pembayaran piutang agar kewajiban pedagang terhadap pemerintah daerah dapat dipenuhi.