𝗠𝗨𝗥𝗜𝗗 𝗦𝗞 𝗧𝗘𝗕𝗜𝗡𝗚 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗜𝗣𝗗 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔 Selama, 19 Disember 2024 - Guru dan murid Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, Selama hari ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke IPD Selama. Peluang melihat dari dekat aset-aset PDRM serta pameran JSJ, JSJN, JSJK dan JSPT memberi pengalaman baharu kepada murid pra dan darjah enam sekolah bekenaan yang tampak teruja dengan perkongsian pihak polis. Insp Puvaneswary Batu Malai serta Kpl Mohd Helmi Ab Karim, Pegawai Perhubungan Sekolah tersebut selaku pemudahcara lawatan pada hari ini. Turut disampaikan maklumat pencegahan jenayah kepada peserta lawatan termasuk guru-guru yang hadir. Para murid kelihatan tertarik dengan pameran yang disediakan terutama berkenaan kesalahan lalulintas yang banyak melibatkan remaja bawa umur. Pihak polis turut memberi pendedahan kepada murid-murid berkenaan tugas-tugas serta kuasa polis dari sudut undang-undang. Pada sesi lawatan, turut diselitkan dengan nasihat berkaitan pergaulan, tingkahlaku, disiplin dan pematuhan undang-undang supaya para murid ini menjadi seorang warganegara yang baik. Peringkat umur sebeginilah yang memerlukan bimbingan serta contoh yang baik daripada golongan yang lebih matang terutama ibu bapa, guru juga masyarakat. Sebelum mengakhiri lawatan, para pelajar diberi peluang merasai pengalaman menaiki kenderaan polis mengelilingi Kompleks IPD Selama sambil diberi penerangan yang berkaitan. Semoga murid-murid ini suatu hari nanti menjadi warga yang berkhidmat serta menyumbang untuk negara kita. #PolisDaerahSelama #PolisPerak #PolisDirajaMalaysia #cegahjenayah #jenayahkomersil #jenayahnarkotik #penguatkuasaantrafik #lawatansambilbelajar #sktebingtinggiselama PENYERAHAN PINGAT JASA PAHLAWAN NEGARA (P.J.P.N) TANPA ISTIADAT OLEH KETUA POLIS DAERAH IPOH Ipoh, 30 Oktober 2024 - Ibu Pejabat polis Daerah Ipoh telah mengadakan Penyerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N) tanpa Istiadat bertempat di Mess Pegawai Kanan Polis Kontinjen Perak yang telah disempurnakan oleh YDH ACP Abang Zainal Abidin bin Abang Ahmad, Ketua Polis Daerah Ipoh kepada 158 orang pesara PDRM daerah Ipoh pelbagai pangkat. Penganugerahan ini diberikan kepada pesara-pesara PDRM yang bertugas semasa Era Darurat dalam perkhidmatan Persekutuan Tanah Melayu bagi tempoh 12 Julai 1948 hingga 21 Julai 1960 dan Era Insurgensi Komunis pada 17 Jun 1968 hingga 2 Disember 1989 di Malaysia, juga di Sabah dan Sarawak pada 1962 hingga 17 Okteber 1990 yang dikenali sebagai Perkhidmatan Semasa Darurat bagi menghargai Jasa kepahlawanan, pengorbanan dan kebaktian kepada negara ini. Turut hadir, YDH ACP Mazratul Akmar binti Ahamed Sabki, Penolong Pengarah Pengurusan Hal Ehwal Pesara Polis (HEPP), Bukit Aman; YDH Supt. Mohamad Sajidan bin Abdul Sukor, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi); YDH Supt. Mohd Akmal Hizam bin Hj Abd Khupur, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Kepolisan Am); Ketua-ketua Bahagian Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh; Ketua-Ketua Polis Balai Ibu Pejabat Polis Ipoh; Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Ipoh. #polisdirajamalaysia #polisperak #pingatjasapahlawannegara 𝑷𝑬𝑹𝑯𝑰𝑴𝑷𝑼𝑵𝑨𝑵 𝑩𝑼𝑳𝑨𝑵𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑻𝑼𝑨 𝑷𝑶𝑳𝑰𝑺 𝑫𝑨𝑬𝑹𝑨𝑯 𝑷𝑼𝑻𝑹𝑨𝑱𝑨𝒀𝑨 IPD Putrajaya, 27 Januari 2025 - Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Detachment Utama yang diketuai oleh Ydh Insp Yeong Wen Xi (BSJD) selaku Pegawai Pemerintah Baris dan dibantu oleh SM Dayang Siti Aisyah binti Hasan (Timb. Ketua Polis Balai Bandar Presint 7 Putrajaya) selaku SM baris pada perhimpunan bulan ini. Barisan Detachment Utama yang di anggotai oleh anggota-anggota wanita daripada cawangan-cawangan dalam IPD Putrajaya serta Balai Polis Bandar Presint 7 Putrajaya iaitu KPL Dayang, KPL Huda, KPL Christy, L/KPL Jannah, L/KPL Liyana, L/KPL Marry dan Kosnt Sufina. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada anggota Balai Polis Presint 7 Putrajaya, KPL Fauziah, KPL Asmira, KPL Afifi dan Konst Razi kerana telah menerima Sijil Penghargaan Ketua Polis Daerah Putrajaya atas komited dalam melakukan tugas dengan amanah dan baik. #DetachmentUtama #PerhimpunanbulananKPD #jomlikefbBalaiPolisBandarPresint7 #jomlikefbIpdputrajaya PERHIMPUNAN BULANAN KETUA POLIS DAERAH KANGAR BAGI BULAN NOVEMBER 2024 KANGAR, 07 November 2024 ( Khamis ) – Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Kangar bagi bulan November 2024 telah diadakan di Perkarangan IPD Kangar sebentar tadi. Program yang dianjurkan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Nakortik Daerah Kangar ini telah disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Kangar, YDH ACP Yusharifuddin Bin Mohd Yusop. Dalam ucapannya, YDH ACP Yusharifuddin Bin Mohd Yusop telah menyampaikan amanat Tan Sri Razarudin Bin Husain, Ketua Polis Negara (KPN) semasa perhimpunan bulan Oktober anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Nakortik bertarikh 18 Oktober 2024 bertempat di Dataran Kompleks 3, Bukit Aman. Antara intipadi amanat KPN adalah JSJN perlu sentiasa cakna dan proaktif selaras dengan perubahan globalisasi yang menjadikan sindiket dadah semakin licik dan juga kompleks, semua warga PDRM harus mengambil iktibar dan peringatan atas apa yang berlaku. Kepimpinan di semua peringkat perlu memastikan aspek penyeliaan melibatkan semua pegawai polis di bawah seliaan masing-masing dilaksanakan dan dipantau. Tindakan sewajarnya harus diambil terhadap mana-mana pegawai polis yang didapati melanggar peraturan dan disiplin yang telah ditetapkan. Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) juga akan lebih proaktif dalam mengambil tindakan mengesan salah laku pegawai dan anggota polis, penyeliaan secara close monitoring dilaksanakan dengan lebih berkesan antaranya melalui pelaksanaan ujian saringan awal urin secara berkala. Selain itu, penyelia perlu memantau pegawai yang dikesan memiliki gaya hidup mewah melebihi kemampuan. Tindakan tegas harus diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia sekiranya terkesan penglibatan dalam gejala rasuah, penyalahgunaan dadah, mahupun lain-lain kesalahan yang berkaitan. Arahan dan dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa perlu diamati, dilaksanakan dengan berkesan dan sentiasa diperingatkan kepada semua pegawai dan anggota. kerjaya sebagai seorang pegawai polis merupakan antara kerjaya yang sangat mencabar dan memerlukan kekuatan fizikal, mental dan emosi. Kerjaya ini juga amat mulia di sisi agama kerana pengorbanan yang dilakukan demi kesejahteraan masyarakat dan negara. Warga PDRM khususnya pegawai penyelia untuk lebih peka dan prihatin terhadap sebarang perubahan tingkah laku dan psikologi yang dialami oleh pegawai masing-masing. Pengurusan kaunseling yang berkesan mampu membantu seseorang pegawai daripada terjerumus dalam pelbagai masalah peribadi, kerjaya, keluarga dan hubungan interpersonal. Di samping itu juga, ia dapat membantu pegawai meningkatkan pembangunan diri mereka bagi mencapai tahap kefungsian psikologi yang tinggi, seterusnya penghasilan kerja yang produktif dan berkualiti. Sehubungan itu, perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh pasukan harus dimanfaatkan sepenuhnya demi kesejahteraan bersama. Program Gaya Hidup Sihat, matlamat PDRM untuk melahirkan warga PDRM yang berpenampilan segak dan cergas (trim and fit) boleh direalisasikan, seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti kerja dan imej pasukan. Ia juga dapat mencegah penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan risiko serangan jantung dalam kalangan warga pasukan sekali gus dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkesan kepada masyarakat. Dalam majlis yang sama juga, Ketua Polis Daerah Kangar turut menyampaikan Surat Penghargaan Ketua Polis Daerah Kangar kepada Pegawai Kanan,Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam yang telah menunjukkan komitmen dan dedikasi sepenuhnya terhadap tugas serta tanggungjawab di atas amanah yang diberikan kepada IPD Kangar. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam IPD Kangar. #PolisPerlis #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #pdrm #polis #perlis #kangar LAWATAN KEBAJIKAN OLEH KETUA POLIS DAERAH KANGAR DAN PENGERUSI PERKEP DAERAH KANGAR KE ATAS PEGAWAI KANAN POLIS,PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KELUARGA IBU PEJABAT POLIS DAERAH KANGAR,PERLIS. KANGAR, 17 Disember 2024 - YDH ACP Yusharifuddin Bin Mohd Yusop, Ketua Polis Daerah Kangar dan YBhg Pn Nor Khamishah Binti Osman, Pengerusi PERKEP Daerah Kangar, Perlis telah membuat lawatan kebajikan ke atas Pegawai Kanan Polis,Pegawai Rendah Polis serta Keluarga IPD Kangar, Perlis sebentar tadi. Lawatan pertama ke rumah Sjn 153740 Ernie Suhana Bt Morad BSJND Kangar menziarahi emak beliau Siti Halimah Bt Dahman sakit kronik di Berek Polis IPD Kangar, JKR A4-2 Blok A,Aras 4,Perlis. Lawatan kedua ke rumah KPL 178878 Nasarudin Bin Mohamad Kangar BSJD Kangar melawat isteri beliau Dini Bin Jamadulhil sakit dalam perut di rumah alamat No 90 Lorong Hijrah 2,Taman Hijrah Kangar Perlis. Lawatan ketiga ke rumah KONST 228601 Saiful Irfan Bin Sabri Pengurusan IPD Kangar isteri beliau Siti Nor Azlina Bt Abd Halim bersalin di rumah alamat No 1 Lorong Hijrah 12,Taman Hijrah Kangar Perlis. Lawatan keempat ke rumah KPL 163599 Syed Farid Bin Syed Mustafa BSPTD Kangar telah jatuh semasa perlawanan Paintball dan patah pergelangan kaki kanan.Lawatan di rumah alamat No 104, Jalan Hijrah 2,Taman Hijrah Kangar Perlis. Lawatan kelima ke Wad Melati,Aras 6,Bilik 618,Katil 618A KPJ Kangar Perlis. ASP G/15655 Mohd Syahril Bin Mohamad Razali KBLog Kangar telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan mengalami kecederaan patah tulang rusuk kiri. Dalam lawatan tersebut YDH ACP Yusharifuddin Bin Mohd Yusop dan Pengerusi PERKEP turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada mereka yang dilawati. Setiap lawatan juga diiringi oleh bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohamad Haffizi Bin Abdul Kudus dari Cawangan BAKA,IPD Kangar untuk mendoakan kesejahteraan kepada mereka semua yang dilawati. Lawatan dan ziarah seperti ini dianjurkan secara berterusan bagi menzahirkan perasaan empati dan keprihatinan di dalam menjaga kebajikan warga IPD Kangar, Perlis di samping memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada keluarga warga IPD Kangar yang kurang bernasib baik dan ditimpa musibah. Sama-sama kita doakan semoga kesemua mereka dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT serta dipermudahkan sebarang urusan. Turut hadir ialah SUPT Baeyah Bt Abdul Wahab,Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar,DSP Mohamad Khairul Bin Mohamad Jamal,Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kangar,ASP Suhaimi Bin Awang, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, ASP Alekzandra @Muhamad Bin Dawam, dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kangar,ASP Adzhar Bin Abd Wahab,Ketua Bahagian Siasatan Dan Pengkuatkuasaan Trafik Daerah Kangar,ASP Suziana Bt Zamli, Biro Komunikasi Korporat, Insp Rosmawati Bt Mat Noh,Setiausaha PERKEP, Insp Rabiatul Azni Bt Ab.Wahab, Penolong Setiausaha PERKEP, Insp Marina Bt Mat Saman,Penolong Bendahari PERKEP, Sjn Nik Rohaya Bt Nik Abdullah , Penolong Biro Kebajikan PERKEP, dan Ustazah NuJanna Bt Abdul Rahman,Penolong Keagamaan PERKEP. #fyp #fypシ #polis #perkep #pdrm #perlis #kangar #kebajikan #prihatin 𝗣𝗘𝗥𝗝𝗨𝗠𝗣𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗧 𝗬𝗗𝗛 𝗞𝗣𝗗 𝗝𝗕𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗔𝗥𝗝𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗕𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗡𝗦𝗧𝗔𝗕𝗘𝗟 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗕𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥 𝗗𝗜 𝗜𝗣𝗗 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗥𝗨 𝗨𝗧𝗔𝗥𝗔 #JBU , 04 Disember 2024 - Perjumpaan dan Amanat daripada YDH ACP Balveer Singh a/l Mahindar Singh, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara telah diadakan pada pagi ini di Dewan Puncak Harmoni, Tingkat 13, IPD Johor Bahru Utara. Program ini melibatkan 18 Sarjan Percubaan dan 5 Konstabel Percubaan yang baru melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara. Turut hadir ialah YDH Supt. Azrol Anuar bin Nor ( Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ), DSP Zaleha binti Salim ( Ketua Bahagian Pengurusan Daerah ), Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai dan Pegawai Kanan Polis serta Sarjan Percubaan bersama Konstabel Percubaan yang terlibat. Dalam amanatnya, YDH KPD menekankan kepentingan memahami struktur organisasi serta mengamalkan command and control secara tegas dan efektif. Beliau mengingatkan pegawai supaya sentiasa menepati masa, mematuhi jadual tugas, menjaga imej profesional melalui pemakaian seragam yang kemas dan mengutamakan keselamatan diri serta rakan sekerja. Selain itu, pegawai digalakkan meningkatkan kemahiran diri melalui pendidikan dan latihan lanjutan untuk menghadapi cabaran semasa dalam pasukan keselamatan. YDH KPD juga menyeru agar siasatan dijalankan secara telus dan adil dengan hasil yang lengkap serta berkualiti. Program ini berlangsung dengan lancar dan diakhiri dengan ucapan motivasi daripada YDH KPD yang mengharapkan semua pegawai baru dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, disiplin dan integriti. Semoga mereka terus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, sekaligus mengekalkan imej profesionalisme dalam menjaga keselamatan negara. #JBU #polisjohor #polisdanmasyarakatberpisahtiada #fyppppppppppppppppppppppp #polisdirajamalaysia🇲🇾 #pdrmterbaik🇲🇾 #ipdjbu #