Company

Program

Terms & Policies

© 2025 TikTok

#johorbahru

743.2K posts

JOHOR BAHRU, 30 Mac 2025 - Sempena Perayaan Aidilfitri yang akan tiba, Depot Imigresen Pekan Nenas telah melaksanakan pemindahan ke atas 179 orang tahanan dari pelbagai warganegara ke negara asal. Antara yang terlibat adalah 119 orang tahanan warganegara Indonesia (85 orang Lelaki, 28 orang Perempuan, 02 orang Kanak-Kanak Lelaki, 04 orang Kanak-Kanak Perempuan), 45 orang tahanan warganegara Bangladesh, 08 orang tahanan warganegara Thailand, 03 orang tahanan warganegara Nepal, 02 orang tahanan warganegara Singapura, dan 01 orang tahanan masing-masing bagi warganegara Pakistan dan China. Sepanjang bulan Ramadhan, mulai 01 Mac 2025 sehingga 29 Mac 2025, Depot Imigresen Pekan Nenas telah memindahkan seramai 562 orang tahanan pulang ke negara asal. Di antaranya 266 warganegara Indonesia, 85 warganegara Bangladesh, 102 warganegara Myanmar, 33 warganegara Pakistan, 22 warganegara India, 16 warganegara Thailand, 11 warganegara Nepal, 11 warganegara Vietnam, 5 warganegara People Republic of China (PRC), 3 warganegara Kemboja, 3 warganegara Singapura, 2 warganegara Filipina, 2 warganegara Sri Lanka dan 1 warganegara Yemen. Penugasan Pegawai dan Pembantu Pegawai Perubatan untuk mengenalpasti tahanan-tahanan sakit, mengidap penyakit merebak seperti HIV, tibi dan barah, ibu mengandung, kanak-kanak dan sebagainya, mendahulukan mereka untuk urusan pemindahan ke negara asal jika memiliki dokumen perjalanan yang sah atau dokumen perjalanan cemas / “Emergency Travel Document”. Kesemua tahanan telah dipindahkan ke negara asal masing-masing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA 1 & KLIA 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Terminal Feri Antarabangsa Berjaya Waterfront Stulang Laut, Terminal Feri Pasir Gudang, Terminal Feri Jabatan Laut Muar dan Kompleks Imigresen, Kastam & Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar. Kesemua tahanan yang dipindahkan ini memiliki pasport yang sah, sebahagian daripada mereka telah dikeluarkan dokumen perjalanan cemas / “Emergency Travel Document” untuk pemindahan ke negara asal oleh pihak Kedutaan Negara masing-masing. Pembiayaan tiket sepenuhnya bagi setiap penghantaran pulang tahanan yang diterima adalah terdiri daripada simpanan peribadi tahanan, sumbangan ahli keluarga dan bagi kes-kes tertentu tiket penerbangan ke negara asal akan ditanggung oleh pihak Kedutaan Negara berkenaan. Pemindahan tahanan ke negara asal ini dilaksanakan setelah kesemua tahanan selesai menjalani hukuman penjara atas pelbagai kesalahan dibawah Kanun Keseksaan (Akta 574), Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) Pindaan 15 OKTOBER 2023, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan lain-lain. Kesemua tahanan yang dihantar pulang ke negara asal ini telah disenarai hitam di dalam Sistem Jabatan dan tidak dibenarkan untuk memasuki semula ke negara ini atas apa jua tujuan mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Pegawai-Pegawai Depot Imigresen Pekan Nenas sentiasa komited dalam urusan pemindahan tahanan-tahanan pada musim raya secara maksima agar tahanan-tahanan yang beragama Islam berpeluang untuk menyambut Hari Raya di kampung halaman masing-masing bersama keluarga tercinta. Segala urusan penghantaran pulang melibatkan tahanan seperti pembelian tiket dan sebagainya, boleh di lakukan di Kaunter Perkhidmatan yang disediakan di Depot Imigresen Pekan Nenas. Tiada sebarang *’caj perkhidmatan’* dikenakan. Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Unit Rekod dan Pemindahan di talian 07-6993540. #imigresen #jim #PERKASA #kdnmadani #MalaysiaMadani #jimjohor #KeselamatanTanggungjawabBersama ©️ 2025 Unit Komunikasi Korporat | JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI JOHOR Jom Ikuti Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Johor https://linktr.ee/jimjohor#imigresen #jim #PERKASA #kdnmadani #MalaysiaMadani #jimjohor #KeselamatanTanggungjawabBersama
This is KOTAJAIL by @JOHO One of the most interesting concepts in JB right now. Abandoned for a few years and now it’s an event space for business - F&B and retail. What we explored: 👘 Retail - Local designers, Baju Raya, perfumes, cosmetics, accessories and more! 🍔 F&B - Well Known cafes and restaurants in JB opened their booth here such as @matchalalu.my , Nenek Fusion @CoffeeTexas , Chow and many more. The Jail Gallery - Enter each cell and experience what it’s like to be in such a claustrophobic environment. I can’t be in for more than a minute 😳 There’s some drawings from the prisoners that live there. And on the other side, enter the rooms to see the history of the jail. At the last room, you get to watch how they were canned on the a$$. REALLY PAINFUL! Also, please don’t record and post or you’ll get fined. 💸 I heard after Raya, they’re opening more area for vendors and retails to sell in the cells too! Can’t wait to see what KOTAJAIL will reveal in the future! #kotajail #joho #eventjoho #johorbahru