Company

Program

Terms & Policies

© 2025 TikTok

#mbsj

2133 posts

Antara sorotan video menarik sekitar kemeriahan Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2025 Peringkat #SJcitycouncil yang telah diadakan bertempat di Jalan SK 6/1, Seri Kembangan. Majlis ini telah disempurnakan oleh oleh YB Puan Wong Siew Ki, Ahli Dewan Negeri Seri Kembangan bersama YBhg. Dato’ Amirul Azizan bin Dato’ Sri Abd. Rahim, Datuk Bandar MBSJ. Turut hadir adalah YB Wong Chen, Ahli Parlimen Subang, YB Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi@Azmi, Ahli Dewan Negeri Seri Serdang, dan Ahli-ahli Majlis MBSJ, ketua-ketua Jabatan MBSJ, rakan media serta komuniti bandar raya. Terima kasih kepada semua yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini! #SJcitycouncil #infopbt #saluranpbtanda #CNY2025 #MBSJgemilangbersama #fyp

Sekitar Sesi Cabutan Undi Petak Bazar Ramadan MBSJ 2025/1446H yang telah berlangsung pada 16 dan 17 Januari 2025 di Bilik Tetamu, Aras 2 #SJcitycouncil . Pada tahun 2025, sebanyak 21 lokasi bazar ramadan telah disediakan dan sebanyak 1,111 permohonan telah diterima. Untuk makluman, hanya 14 lokasi bazar ramadan sahaja yang terlibat dalam sesi cabutan undi petak bazar pada kali ini. Sesi Cabutan Undi Petak dijalankan oleh 5 orang Ahli Majlis dan panel pemerhati dari Unit Integriti, MBSJ mengikut kategori jualan. #SJcitycouncil #infopbt #saluranpbtanda #kitaselangormajubersama #malaysiamadani #subangjayagemilangbersama #fyp

Sekitar Perhimpunan Bulanan MBSJ bagi bulan Julai 2024 yang telah dihoskan oleh Jabatan Khidmat Pengurusan #SJcitycouncil bertempat di Arena MBSJ, Subang Jaya. Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato' Amirul Azizan bin Dato' Sri Abd. Rahim, Datuk Bandar #SJcitycouncil bersama YBrs. Tuan Haji Mohd Zulkurnain bin Che Ali, Timbalan Datuk Bandar, YBrs. Tuan Ismail bin Salim, Timbalan Setiausaha MBSJ serta ketua-ketua jabatan dan warga kerja #SJcitycouncil . Perhimpunan kali ini istimewa kerana ia merupakan perhimpunan pertama Datuk Bandar bersama warga kerja #SJcitycouncil . Dalam ucaptamanya, Datuk Bandar menekankan mengenai kepentingan dalam menghayati dan memahami ikrar perkhidmatan awam yang dilafazkan kerana ia merupakan janji dan komitmen penjawat awam bagi menjalankan tugas dengan cemerlang. Dalam Majlis ini juga, Datuk Bandar telah menyampaikan hadiah kepada pasukan Ragbi MBSJ Knights atas kemenangan mereka di Kejohanan Ragbi UKM 10’s, serta penyampaian penghargaan kepada Puan Hajah Sharifah Rohaida binti Abd. Rahman dan Puan Hajah Noor Afifa binti Haji Hussin atas Pengiktirafan Ikon Aspirasi Wanita Puspanita Daerah Petaling. Tahniah diucapkan kepada semua! ‘Subang Jaya Gemilang Bersama’ #SJcitycouncil #infopbt #saluranpbtanda #KitaSelangorMajuBersama #MalaysiaMadani #perhimpunanbulananmbsj