Company

Program

Terms & Policies

© 2025 TikTok

#atm

370K posts

KEMATIAN seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dari Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) di sebuah kem di Miri, Sarawak pada Isnin lalu berpunca daripada hentakan kuat di bahagian dada. Dalam satu kenyataan hari ini, Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia memaklumkan bahawa mangsa, Prebet Muhammad Muqriz Aseri, 21, meninggal dunia akibat kerosakan pada jantung susulan hentakan tersebut. "Siasatan awal mendapati terdapat unsur ‘manhandling’ yang dipercayai menjadi punca kematian Allahyarham. “Justeru, TDM telah menyerahkan kes ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut serta menubuhkan Lembaga Siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca dan faktor yang menyumbang kepada insiden ini," katanya. Menurut kenyataan itu, jenazah telah dibawa ke Kuala Lumpur dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Islamiah, Kampung Lindungan, Petaling Jaya, Selangor pada jam 11.55 malam, Selasa. Terdahulu, dua anggota Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes kematian Prebet Muhammad Muqriz . Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua prebet berusia 22 dan 24 tahun itu ditahan di Kem Sri Miri pada jam 4.30 petang, semalam. Beliau berkata, polis sudah mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman kedua-dua suspek selama tujuh hari sehingga 2 April ini. "Kes itu kini sedang dalam siasatan oleh pihak polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh," katanya. Alexson turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu. Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi Isnin lalu, mangsa yang sedang tidur di berek bujang kem berkenaan dikejutkan oleh dua senior untuk bersahur. Namun sebelum bersahur, dua senior terbabit mengarahkan mangsa untuk melakukan 'commando rest' (pacak kepala di lantai, tangan ke belakang) selama dua minit dan tekan tubi sebanyak 20 kali. #ATM #prebet #friendsofkenyalang
@atmflavor Si no estoy 🤍 Ya en todas las plataformas ✨
Replying to @Jzzzy thank you po sa pagopen ng account 😊 #simplelang