TikTok LogoTikTok Logo
Privasi dan Keselamatan

Privasi dan Keselamatan

Dikeluarkan 17 April 2024

Berkuat kuasa 17 Mei 2024

Kami tahu bahawa perlindungan hak privasi dan maklumat peribadi anda, serta pengekalan keselamatan platform kami, adalah penting untuk mengekalkan kepercayaan anda dan memastikan keselamatan anda.

Maklumat Peribadi

Kandungan yang dikongsi dalam talian mungkin dilihat oleh sesiapa sahaja dan mempunyai jangkauan yang luas. Kami komited untuk memastikan bahawa sebarang maklumat peribadi yang dikongsikan secara sengaja atau tidak sengaja di TikTok tidak mendatangkan kemudaratan. Kami tidak membenarkan kandungan yang mengandungi maklumat peribadi yang mungkin menimbulkan risiko pengintaian, keganasan, pemancingan data, penipuan, pencurian identiti, atau eksploitasi kewangan. Ini termasuk kandungan yang seseorang telah siarkan atau kandungan yang mereka izinkan untuk disiarkan oleh orang lain.

Jika anda percaya bahawa anda telah berdepan dengan pelanggaran privasi, anda boleh melaporkan hal ini.

Maklumat Lanjut

TIDAK DIBENARKAN

  • Nombor telefon dan alamat rumah peribadi bukan awam
  • Maklumat kewangan dan pembayaran, seperti akaun bank atau nombor kad kredit
  • Maklumat log masuk, seperti nama pengguna atau kata laluan
  • Dokumentasi identiti, kad atau nombor identiti, seperti pasport, pengenalan keluaran kerajaan atau nombor keselamatan sosial
  • Ancaman atau galakan untuk berkongsi maklumat peribadi atau untuk menggodam sesebuah akaun

Keselamatan Platform

Kami bekerja keras untuk melindungi dan memastikan keselamatan anda serta maklumat di TikTok. Kami tidak membenarkan: (1) akses kepada mana-mana bahagian TikTok melalui kaedah yang tidak dibenarkan; (2) percubaan untuk memperoleh maklumat sensitif, sulit, komersial atau peribadi; atau (3) sebarang penganiayaan keselamatan, integriti atau kebolehpercayaan platform kami.

Anda harus mengelakkan daripada mengklik pautan yang mencurigakan atau memberikan respons terhadap permintaan maklumat tentang butiran akaun anda, kata laluan, kelayakan pengesahan, kewangan dan maklumat peribadi anda yang lain. Ketahui lebih lanjut tentang pendekatan kami terhadap privasi dan keselamatan di dalam platform.

Maklumat Lanjut

TIDAK DIBENARKAN

  • Memberi orang lain akses kepada kelayakan akaun anda atau membolehkan orang lain menjalankan aktiviti yang melanggar peraturan kami
  • Mengakses platform kami dengan cara yang tidak diizinkan atau mencipta versi palsu platform kami
  • Berkongsi fail, kandungan dan mesej berniat jahat yang mengandungi virus, kuda Trojan, worms, bom logik atau bahan berbahaya lain yang memudaratkan keselamatan siber
  • Mencuba untuk memperoleh maklumat peribadi (seperti bukti kelayakan log masuk) atau mengakses kandungan, akaun, sistem atau data menerusi penggunaan sebarang teknik mengelirukan (seperti pemancingan data, smishing, skrip automatik dan perangkak web)
  • Mengubah suai, mengadaptasi, menterjemah, melakukan kejuruteraan balikan, menyahpasang, menyahsusun atau mencipta produk terbitan berdasarkan TikTok, termasuk sebarang fail, jadual atau dokumentasi dan mencuba untuk menjana sebarang kod sumber, algoritma, kaedah atau teknik yang terbina dalam TikTok