TikTok LogoTikTok Logo
Keselamatan dan Budi Pekerti

Keselamatan dan Budi Pekerti

Dikeluarkan 17 April 2024

Berkuat kuasa 17 Mei 2024

Keselamatan fizikal dan psikologi membentuk asas kesejahteraan individu, dan budi pekerti ialah kunci kepada masyarakat yang berkembang maju. Berbudi pekerti tidak bermakna anda harus sentiasa bersetuju antara satu sama lain, tetapi lebih kepada mengakui maruah hakiki setiap orang dan menghormati dalam tindakan, pertuturan, dan nada ketika berinteraksi dengan orang lain.

Tingkah Laku Ganas dan Jenayah

Kami komited untuk membawa manusia bersama-sama dalam cara yang tidak membawa kepada konflik fizikal. Kami maklum bahawa kandungan dalam talian yang berkaitan dengan keganasan boleh menyebabkan kemudaratan dunia nyata. Kami tidak membenarkan apa-apa ugutan ganas, promosi keganasan, hasutan kepada keganasan, atau promosi aktiviti jenayah yang boleh membahayakan orang, binatang, atau harta benda.

Jika terdapat ancaman khusus, boleh dipercayai, dan bakal berlaku terhadap nyawa manusia atau kecederaan fizikal yang serius, kami akan melaporkan ancaman kepada pihak penguat kuasa undang-undang yang berkaitan.

Untuk mendapatkan butiran tentang cara kami menangani kandungan yang mengandungi imej ganas tetapi tidak menggalakkan keganasan, lihat Kandungan Mengejutkan dan Grafik.

Maklumat Lanjut

TIDAK DIBENARKAN

  • Mengugut atau menjelaskan keinginan untuk menyebabkan kecederaan fizikal terhadap seseorang atau sekumpulan
  • Mempromosi atau menghasut keganasan, seperti menggalakkan serangan atau orang lain untuk menyerang, memuji tindakan ganas, atau mengesyorkan orang membawa senjata ke suatu lokasi untuk menakutkan orang lain
  • Mempromosi kecurian, atau pemusnahan harta benda atau persekitaran semula jadi
  • Memberi arahan tentang cara melakukan aktiviti jenayah yang boleh membahayakan orang, binatang, atau harta benda

DIBENARKAN

  • Ancaman atau ugutan keganasan dalam persekitaran fiksyen

Ucapan dan Tingkah Laku Kebencian

TikTok diperkaya oleh kepelbagaian komuniti kita. Perbezaan kita hendaklah diterima, dan bukan dijadikan pencetus perpecahan. Kami tidak membenarkan apa-apa ucapan, tingkah laku atau promosi ideologi kebencian. Hal ini termasuk kandungan eksplisit atau implisit yang menyerang kumpulan terlindung.

Apabila terdapat perbincangan tentang isu sosial di TikTok, kami mewajibkan agar perbincangan tersebut dijalankan dengan penuh hormat. Kandungan mungkin tidak layak untuk FYF apabila ia secara tidak langsung merendahkan kumpulan yang dilindungi.

Ketahui lebih lanjut tentang usaha kami untuk mengatasi kebencian, serta alat yang boleh membantu mengehadkan interaksi yang tidak diingini, termasuk mengehadkan pilihan untuk ulasan, duet, stitch, dan pemesejan.

Maklumat Lanjut

Ideologi kebencian ialah sistem kepercayaan yang mengecualikan, menindas, atau sebaliknya mendiskriminasi individu berdasarkan sifat yang dilindungi mereka.

Kumpulan terlindung bermaksud individu atau komuniti yang berkongsi sifat yang dilindungi.

Sifat yang dilindungi ialah ciri peribadi yang anda miliki sejak lahir, tidak boleh berubah, atau akan menyebabkan kemudaratan psikologi yang serius jika anda dipaksa untuk mengubah ciri peribadi tersebut atau diserang kerana ciri peribadi tersebut. Ini termasuk:

  • Kasta
  • Keetnikan
  • Negara Asal
  • Bangsa
  • Agama
  • Suku Kaum
  • Status Imigrasi
  • Gender
  • Identiti Jantina
  • Jantina
  • Orientasi Seksual
  • Kecacatan
  • Penyakit Serius

Selain itu, kami juga memberikan sedikit perlindungan berkaitan umur, dan mungkin mengambil kira sifat yang dilindungi lain apabila kami mempunyai konteks tambahan seperti maklumat serantau khusus yang diberi kepada kami oleh organisasi bukan kerajaan tempatan (NGO). Sifat yang disenaraikan di atas diambil daripada Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia dan konvensyen antarabangsa.

TIDAK DIBENARKAN

  • Mempromosi keganasan, pemisahan, diskriminasi, dan kemudaratan lain berdasarkan sifat yang dilindungi
  • Mempromosikan apa-apa ideologi kebencian, termasuk:
    • Menuntut keunggulan terhadap kumpulan yang dilindungi, seperti keunggulan kaum, misogini, anti-LGBTQ+, antisemitisme, atau Islamofobia
    • Membuat kenyataan konspiratif yang menyasarkan kumpulan yang dilindungi, seperti menyokong teori <Italic>The Great Replacement</Italic> atau mengatakan bahawa orang Yahudi mengawal media
    • Menggunakan simbol dan imej yang berkaitan
    • Membantu perdagangan atau pemasaran mana-mana item yang menggalakkan ucapan kebencian atau ideologi kebencian, seperti buku atau pakaian dengan logo kebencian
  • Merendahkan seseorang berdasarkan sifat yang dilindungi dengan mengatakan atau membayangkan mereka sebagai lebih rendah secara fizikal, mental atau moral atau memanggil mereka dengan istilah yang merendahkan martabat, seperti memanggil mereka penjenayah atau haiwan, atau membandingkan mereka dengan objek bukan manusia
  • Menggunakan cercaan kebencian yang dikaitkan dengan sifat yang dilindungi
  • Menafikan atau mengecilkan skala, peristiwa sejarah yang didokumenkan dengan baik yang membahayakan kumpulan terlindung, seperti menafikan kewujudan Holocaust atau pemusnahan bangsa Tutsi di Rwanda
  • Menuduh kumpulan terlindung sebagai bertanggungjawab atas tindakan buruk yang disebabkan oleh seseorang dengan sifat yang dilindungi itu, seperti menggunakan satu contoh tingkah laku memudaratkan yang disebabkan oleh seorang imigran untuk mencadangkan semua imigran adalah berbahaya
  • Kandungan yang menafikan kewujudan orang berdasarkan sifat mereka yang dilindungi, seperti kenyataan yang mengatakan orang mempunyai penyakit mental jika mereka mengenalpastikan diri sebagai transjantina
  • Memanggil nama lama atau menyalahjantinakan seseorang dengan menggunakan nama atau jantina lama mereka berbanding dengan identiti pilihan mereka, atau dengan mempromosikan program terapi penukaran yang cuba mengubah orientasi seksual atau identiti jantina seseorang

TIDAK LAYAK FYF

  • Sesetengah kandungan yang menggunakan stereotaip, sindiran, atau kenyataan tidak langsung yang secara tersirat mungkin merendahkan kumpulan yang dilindungi

DIBENARKAN

  • Cercaan yang dituntut semula oleh komuniti yang disasarkan dengan cara yang tidak merendahkan martabat, seperti menggunakan cercaan dalam lagu atau merujuk kepada diri sendiri
  • Kandungan pendidikan dan dokumentari yang meningkatkan kesedaran tentang bahaya ucapan kebencian, termasuk cercaan apabila digunakan untuk membincangkan mudarat yang berkaitan
  • Ucapan balas, kutukan, atau sindiran tentang ideologi yang penuh kebencian
  • Perbincangan masalah sosial yang memberikan kesan pada kumpulan terlindung, termasuk dalam perbahasan dasar (selagi tidak menyerang orang berdasarkan sifat yang dilindungi)

Individu dan Organisasi Ganas dan Penuh Kebencian

Kami mahu anda berkongsi perkara yang memberikan anda inspirasi, tetapi TikTok bukanlah tempat untuk menyebarkan kepercayaan atau propaganda yang menggalakkan keganasan atau kebencian. Kami tidak membenarkan kehadiran keganasan dan organisasi atau individu penuh kebencian pada platform kami. Ini termasuk pelaku pelampau ganas, organisasi jenayah, organisasi politik ganas, organisasi kebencian, dan individu yang menyebabkan keganasan bersiri atau besar-besaran. Jika kami menyedari pelaku tersebut mungkin ada di platform kami, kami akan menjalankan semakan menyeluruh - termasuk tingkah laku luar platform - yang mungkin mengakibatkan sekatan akaun.

Seringkali, pemikiran para pelaku ini selalu diperkuatkan oleh orang lain. Kami tidak membenarkan sesiapa pun untuk mempromosikan atau memberikan sokongan material kepada pelaku keganasan atau kebencian secara material. Kandungan yang mungkin kelihatan neutral, seperti memaparkan petikan daripada organisasi atau individu yang penuh kebencian, mesti menjelaskan bahawa tiada niat untuk mempromosi petikan tersebut. Kami memberikan pengecualian terhad untuk perbincangan tentang organisasi politik yang ganas.

Maklumat Lanjut

Sokongan material bermaksud memberikan sumbangan kewangan, barangan, atau perkhidmatan untuk mempromosikan organisasi atau individu yang ganas, atau tujuan mereka. Ini termasuk perekrutan, pengumpulan dana, penjualan barangan, dan mempromosikan bahan latihan.

Pelampau ganas merupakan kumpulan bukan negara termasuk yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang mengancam atau menggunakan keganasan terhadap orang awam untuk sebab politik, agama, etnik, atau ideologi.

Organisasi jenayah ialah kumpulan transnasional, kebangsaan, atau tempatan yang melakukan jenayah serius termasuk keganasan, pemerdagangan, dan penculikan.

Organisasi politik ganas adalah aktor bukan negara yang melakukan tindakan keganasan yang kebanyakannya menyasarkan aktor negara (seperti tentera nasional), berbanding orang awam, sebagai sebahagian daripada pertikaian politik yang berterusan (seperti tuntutan wilayah).

Organisasi kebencian ialah kumpulan yang menyasarkan individu berdasarkan sifat yang dilindungi, termasuk menghasut kebencian, merendahkan individu atau kumpulan, dan mempromosikan ideologi kebencian.

TIDAK DIBENARKAN

  • Akaun yang dikendalikan organisasi atau individu yang mempromosikan keganasan atau ideologi kebencian dalam atau luar platform
  • Memberikan sokongan material kepada organisasi politik yang ganas atau mempromosikan keganasan yang dicetus oleh mereka
  • Mempromosikan (termasuk apa-apa pujian, perayaan, atau perkongsian manifesto) atau memberikan sokongan material kepada:
    • Organisasi kebencian
    • Individu yang menyebabkan keganasan bersiri atau besar-besaran, atau mempromosikan ideologi kebencian
    • Organisasi jenayah
    • Pelampau ganas

DIBENARKAN

  • Membincangkan organisasi politik ganas (selagi tiada promosi keganasan)
  • Kandungan pendidikan dan dokumentari yang meningkatkan kesedaran terhadap kemudaratan yang diakibatkan pelaku ganas dan kebencian

Penderaan Seksual dan Fizikal Belia

Kami komited untuk menjadikan TikTok pengalaman yang selamat dan positif untuk orang muda. Kami tidak membenarkan paparan, promosi, atau penglibatan dalam penderaan atau eksploitasi seksual atau fizikal terhadap belia. Ini termasuk bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM), pengantunan, pemerasan seksual, permintaan seksual, pedofilia, dan bahaya fizikal atau psikologi terhadap orang muda.

Kami melaporkan kejadian penderaan dan eksploitasi seksual belia kepada Pusat Kanak-kanak Hilang dan Dieksploitasi Kebangsaan (NCMEC). Kami juga melaporkan kepada pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang apabila terdapat ancaman khusus, boleh dipercayai, dan bakal berlaku terhadap nyawa manusia atau kecederaan fizikal yang serius. Jika anda melihat CSAM yang disyaki, laporkan dalam aplikasi atau di laman web kami dengan segera. Jangan muat turun, tangkap, atau kongsi kandungan CSAM dalam apa jua cara.

Jika anda atau seseorang yang anda kenali pernah mengalami penderaan atau eksploitasi seksual belia, terdapat sokongan yang disediakan. Hubungi talian bantuan atau pembekal perkhidmatan di rantau anda. Jika anda berada dalam bahaya, hubungi perkhidmatan kecemasan tempatan anda.

Maklumat Lanjut

Bahan Penderaan Seksual Kanak-kanak (CSAM) bermaksud apa-apa bahan seksual orang muda yang dikongsi atau dicipta oleh sesiapa pun, termasuk kandungan CSAM yang dijana sendiri, digital atau dijana AI yang sangat realistik. Bahan seksual termasuk kandungan yang membayangkan atau menunjukkan aktiviti seksual atau penderaan seksual, penseksualan badan belia, atau fetisyisasi bahagian badan belia.

Pengantunan adalah apabila seseorang menjadi rapat atau membina hubungan kepercayaan dengan orang muda untuk tujuan penderaan atau eksploitasi seksual.

Pemerasan seksual merupakan ugutan untuk berkongsi kandungan eksplisit bogel, intim, atau seksual tanpa kebenaran, selalunya untuk mendapatkan wang, tindakan seksual, atau lebih banyak kandungan eksplisit bogel, intim, atau seksual.

Gangguan seksual merupakan komunikasi atau tingkah laku seksual tidak diingini yang ditujukan kepada seseorang. Ini termasuk penseksualan melalui platform (seperti meniru perbuatan seksual melalui duet atau pelekat), membuat kenyataan tentang bahagian badan intim atau pertunjukan seksual, berkongsi atau mengancam untuk berkongsi maklumat tentang kehidupan seksual seseorang (seperti sejarah atau pasangan seksual, atau orientasi seksual).

Bahagian badan intim bermaksud alat kelamin, punggung, dan payudara (termasuk puting dan areola).

TIDAK DIBENARKAN

  • Menunjukkan, mempromosikan, atau terlibat dalam penderaan atau eksploitasi seksual atau fizikal belia, termasuk:
    • Bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM), termasuk apa-apa tangkapan skrin atau klip daripada bahan asal walaupun tidak menunjukkan kebogelan atau aktiviti seksual
    • Hubungan romantik antara orang dewasa dengan orang muda, termasuk pedofilia, atau mereka yang mengenalpastikan diri sebagai dewasa tertarik kepada orang muda
    • Tingkah laku pengantunan
    • Pemerasan seksual
    • Gangguan seksual
    • Pengumpanan seksual termasuk mengajak orang muda untuk terlibat dalam kelakuan seksual, di luar platform, atau berkongsi imej eksplisit seksual (walaupun diajak oleh orang muda yang lain)
  • Menunjukkan atau mempromosi penderaan fizikal, pengabaian, membahayakan, atau penderaan psikologi orang muda
  • Memangsakan semula orang muda yang pernah mengalami penderaan atau eksploitasi, termasuk melalui perkongsian semula pihak ketiga

DIBENARKAN

  • Kandungan pendidikan dan dokumentari yang berkaitan dengan kemudaratan penderaan atau eksploitasi (selagi kandungan tersebut tidak menunjukkan atau menerangkan kandungan secara grafik)

Penderaan Seksual dan Fizikal Orang Dewasa

Kami komited untuk menyediakan ruang yang menerima kesaksamaan jantina, menyokong perhubungan sihat, dan menghormati privasi intim. Penjejasan nilai ini boleh menyebabkan trauma dan mungkin membawa kepada mudarat fizikal dan psikologi. Kami tidak membenarkan paparan, promosi, atau penglibatan dalam penderaan atau eksploitasi seksual atau fizikal orang dewasa. Ini termasuk perbuatan seksual tanpa persetujuan, penderaan seksual berasaskan imej, pemerasan seksual, penderaan fizikal, dan gangguan seksual.

Jika anda atau seseorang yang anda kenali pernah mengalami penderaan atau eksploitasi, terdapat sokongan yang disediakan. Hubungi talian bantuan atau pembekal perkhidmatan di rantau anda. Jika anda berada dalam bahaya, hubungi perkhidmatan kecemasan tempatan anda. Jika anda percaya bahawa anda telah berdepan dengan pelanggaran privasi intim di platform kami, anda boleh melaporkan isu tersebut.

Maklumat Lanjut

Kelakuan seksual tanpa persetujuan bermaksud apa-apa hubungan seksual yang berlaku tanpa persetujuan kesemua pihak yang terlibat dalam aktiviti itu. Ini termasuk apa-apa hubungan seksual tanpa persetujuan, seperti rogol dan cabul.

Penderaan seksual berasaskan imej adalah dengan memiliki, mengedar, atau memberikan arahan tentang cara mencipta atau mengakses imej intim (sebenar atau diubah) seseorang individu yang dicipta atau diedarkan untuk tujuan seksual tanpa persetujuan mereka. Kandungan boleh diedarkan tanpa persetujuan walaupun ia kelihatan telah diambil dengan persetujuan.

Pemerasan seksual merupakan ugutan untuk berkongsi kandungan eksplisit bogel, intim, atau seksual tanpa kebenaran, selalunya untuk mendapatkan wang, tindakan seksual, atau lebih banyak kandungan eksplisit bogel, intim, atau seksual.

Gangguan seksual merupakan komunikasi atau tingkah laku seksual tidak diingini yang ditujukan kepada seseorang. Ini termasuk penseksualan melalui platform (seperti meniru perbuatan seksual melalui duet atau pelekat), membuat kenyataan tentang bahagian badan intim atau pertunjukan seksual, berkongsi atau mengancam untuk berkongsi maklumat tentang kehidupan seksual seseorang (seperti sejarah atau pasangan seksual, atau orientasi seksual).

Bahagian badan intim bermaksud alat kelamin, punggung, dan payudara (termasuk puting dan areola).

TIDAK DIBENARKAN

  • Menunjukkan, mempromosikan, atau melibatkan diri dalam:
    • Perbuatan seksual tanpa persetujuan, penderaan seksual berasaskan imej, atau penderaan fizikal (keganasan rumah tangga)
    • Gangguan seksual
    • Pemerasan seksual

DIBENARKAN

  • Perkongsian pengalaman pemandiri tentang penderaan atau eksploitasi mereka sendiri (selagi perkongsian tidak menunjukkan atau menggambarkan kandungan sedemikian secara grafik)
  • Kandungan pendidikan dan dokumentari yang menimbulkan kesedaran tentang kemudaratan eksploitasi seksual dan keganasan berdasarkan jantina (selagi kandungan tidak menunjukkan atau menggambarkan kandungan sedemikian secara grafik)

Pemerdagangan dan Penyeludupan Manusia

Kami komited untuk menghormati maruah setiap manusia dan memastikan TikTok tidak digunakan untuk mengambil kesempatan terhadap orang yang mudah diambil kesempatan. Kami tidak membenarkan pemerdagangan dan penyeludupan manusia. Kami memahami betapa pentingnya untuk mereka yang terselamat daripada pemerdagangan dan penyeludupan manusia untuk berkongsi kisah mereka, dan untuk pendatang mendokumenkan perjalanan mereka, maka kami menyediakan ruang untuk mereka berbuat demikian.

Kami melaporkan kejadian pemerdagangan seks belia kepada Pusat Kanak-kanak Hilang dan Dieksploitasi Kebangsaan (NCMEC). Kami juga melaporkan kepada pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang apabila terdapat ancaman khusus, boleh dipercayai, dan bakal berlaku terhadap nyawa manusia atau kecederaan fizikal yang serius.

Maklumat Lanjut

Pemerdagangan manusia ialah sejenis perhambaan moden yang boleh berlaku di dalam negara atau antarabangsa dan melibatkan perekrutan mangsa, penyelarasan pengangkutan mereka, dan eksploitasi mereka menggunakan kekerasan, penipuan, pemaksaan, atau tipu daya. Ia boleh termasuk pemerdagangan seks, buruh, kanak-kanak atau organ, perkahwinan paksa, jenayah paksa (seperti mengeksploitasi pengemis), perhambaan domestik, dan askar kanak-kanak.

Penyeludupan manusia melibatkan pemerolehan keuntungan dengan membantu seseorang masuk secara haram ke negara lain. Hal ini boleh termasuk menyediakan pengangkutan, perundingan, identiti, dan penipuan dokumen perjalanan.

TIDAK DIBENARKAN

  • Memudahkan atau menyelaraskan perbuatan dan perkhidmatan penyeludupan manusia
  • Merekrut atau menyelaraskan tindakan pemerdagangan manusia

DIBENARKAN

  • Menyatakan keinginan untuk berhijrah ke negara lain, atau menunjukkan perjalanan seorang pendatang (selagi tidak menunjukkan secara eksplisit penglibatan penyeludup dalam perjalanan mereka)
  • Meminta bantuan atau berkongsi maklumat tentang cara meninggalkan negara akibat daripada pencabulan hak asasi manusia atau krisis kemanusiaan
  • Mangsa yang terselamat berkongsi pengalaman mereka sendiri dalam pemerdagangan dan penyeludupan manusia
  • Kandungan pendidikan dan dokumentari yang menimbulkan kesedaran tentang kemudaratan pemerdagangan dan penyeludupan manusia

Gangguan dan Pembulian

Kami mengalu-alukan ekspresi dari sudut pandangan yang berbeza, dan ingin memastikan agar sesiapa sahaja boleh berkongsi pandangan mereka tanpa rasa takut direndahkan atau dibuli. Kami tidak membenarkan kenyataan atau tingkah laku yang mengganggu, merendahkan, atau membuli. Ini termasuk tindak balas kepada kelakuan sedemikian dengan gangguan balas.

Kami membenarkan komen kritikal terhadap tokoh awam, dengan anggapan bahawa mereka berada dalam pemerhatian awam dan mempunyai cara untuk menangani ucapan negatif dan kritikan mungkin mempunyai kepentingan awam untuk ditonton. Kami membenarkan beberapa komen atau imej negatif atau kritis tentang tokoh awam. Namun, kami masih mengalih keluar kandungan yang melanggar dasar lain (seperti ugutan keganasan, ucapan kebencian, atau eksploitasi seksual), serta bentuk gangguan yang serius (seperti menyebarkan maklumat peribadi atau menjelaskan keinginan bahawa seseorang bakal mengalami kemudaratan fizikal serius).

Jika anda atau seseorang yang anda kenal sedang dibuli, terdapat sokongan yang disediakan. Kami menawarkan sumber sokongan, serta alatan yang boleh membantu mengehadkan interaksi berbahaya termasuk menyekat pilihan untuk komen, duet, stitch, dan mesej.

Maklumat Lanjut

Doxxing termasuk pendedahan maklumat peribadi seseorang dalam talian dengan niat jahat. Kami menyedari bahawa niat mungkin subjektif, jadi kami menggunakan penanda objektif untuk membantu kami memahami niatnya, seperti kapsyen dan tanda pagar.

Tokoh awam ialah orang dewasa (18 tahun dan ke atas) dengan peranan awam yang penting seperti pegawai kerajaan, ahli politik, pemimpin perniagaan, atau selebriti. Kami tidak mengenal pasti orang di bawah umur 18 tahun sebagai tokoh awam.

Individu persendirian adalah semua orang di bawah umur 18 tahun, dan orang dewasa (18 tahun ke atas) yang bukan tokoh awam.

TIDAK DIBENARKAN

  • Merendahkan individu yang pernah mengalami tekanan fizikal, atau berdasarkan penampilan peribadi, kecerdasan, atau keadaan peribadi mereka (seperti kebersihan, atau sejarah kesihatan atau perubatan)
  • Menunjukkan seseorang dibuli secara fizikal oleh orang atau kumpulan lain
  • Merendahkan atau memangsakan semula orang yang pernah mengalami tragedi, seperti mendakwa bahawa mereka patut menerimanya atau memperkecilkan atau meremehkan pengalaman mereka
  • Menggugat keselamatan fizikal individu, dengan mengancam mereka, atau menyatakan keinginan untuk mereka mati, mendapat penyakit serius, atau mengalami kecederaan fizikal yang teruk yang lain
  • Mengugut atau menghasut orang lain untuk melakukan <Italic>doxx</Italic> atau memeras ugut seseorang, atau berkongsi atau menggodam maklumat akaun
  • Menghasut orang lain untuk mengganggu seseorang, atau mempromosikan gangguan yang diselaraskan, seperti menyokong orang ramai untuk menyiarkan komen dengan bahasa kesat, atau melaporkan akaun secara berniat jahat

DIBENARKAN

  • Mengkritik kandungan atau tindakan individu (selagi tidak mengkritik sifat peribadi mereka)
  • Ucapan balas, atau kutukan gangguan atau pembulian (selagi tidak melibatkan gangguan balas)
  • Komen negatif atau kritikal terhadap imej tentang tokoh awam (selagi bukan bentuk gangguan yang serius atau pelanggaran dasar lain)
  • Kandungan pendidikan dan dokumentari yang meningkatkan kesedaran tentang kemudaratan gangguan dan pembulian