TikTok LogoTikTok Logo
Barangan Terkawal dan Aktiviti Komersial

Barangan Terkawal dan Aktiviti Komersial

Dikeluarkan 17 April 2024

Berkuat kuasa 17 Mei 2024

TikTok merupakan tempat anda boleh berkongsi atau mencari maklumat tentang barangan terkawal atau aktiviti komersial. Untuk memastikan kami menyediakan ruang bagi anda untuk mengetahui tentang risiko kemudaratan fizikal atau kewangan yang tidak wajar, kami menyederhanakan kandungan yang melibatkan barangan atau aktiviti yang berisiko, menyebabkan ketagihan, berbahaya, palsu, atau sebaliknya memerlukan tahap penjagaan yang tinggi. Untuk barangan dan perkhidmatan tertentu (seperti perjudian dan alkohol) kami membuat pengecualian terhad untuk iklan berbayar oleh pengiklan dengan kebenaran eksplisit TikTok, jika ia mematuhi semua sekatan had umur, undang-undang, dan peraturan yang berkaitan (ketahui lebih lanjut tentang dasar pengiklanan kami).

Perjudian

Ramai orang di seluruh dunia berhibur menerusi permainan peluang. Kami mengakui bahawa risiko wang dalam permainan atau pertaruhan mungkin menyebabkan potensi kemudaratan untuk sesetengah orang, termasuk kerugian kewangan atau masalah kesihatan mental yang serius. Kami tidak membenarkan pemudahan atau pemasaran aktiviti perjudian atau seperti perjudian.

Kami juga menyedari bahawa perjudian boleh meletakkan golongan muda pada risiko bahaya yang lebih tinggi dan mungkin tidak sesuai untuk semua audiens. Kandungan adalah dihadkan (18 tahun dan ke atas) dan tidak layak untuk FYF jika ia menunjukkan atau mengagungkan perjudian atau aktiviti seperti perjudian.

Maklumat Lanjut

Perjudian adalah pertaruhan wang (termasuk mata wang digital seperti bitcoin) atau sesuatu yang mempunyai nilai kewangan pada sesuatu yang hasilnya tidak pasti, untuk keuntungan kewangan.

Aktiviti seperti perjudian bermaksud aktiviti yang tidak mencapai tahap perjudian, tetapi mempunyai tingkah laku yang serupa dan membawa risiko yang serupa, seperti kasino sosial dan perisian yang berkaitan dengan perjudian.

TIDAK DIBENARKAN

  • Memudahkan perjudian atau aktiviti seperti perjudian, seperti menyediakan pautan kepada perkhidmatan perjudian
  • Pemasaran aktiviti perjudian atau seperti perjudian, seperti menggalakkan orang ramai melawat laman web atau menyediakan pautan

DIHADKAN (18 tahun dan ke atas)

  • Menunjukkan atau mengagungkan aktiviti perjudian atau seakan-akan perjudian, seperti merakam seseorang berjudi atau membuat sebarang kenyataan positif umum tentang perjudian

TIDAK LAYAK FYF

  • Menunjukkan atau mengagungkan aktiviti perjudian atau seakan-akan perjudian, seperti merakam seseorang berjudi atau membuat sebarang kenyataan positif umum tentang perjudian

DIBENARKAN

  • Pengecualian terhad untuk iklan berbayar, yang mematuhi semua keperluan TikTok, serta semua sekatan, undang-undang, dan peraturan penyasaran umur yang berkaitan.

Alkohol, Tembakau dan Dadah

Walaupun orang dewasa membuat pilihan peribadi tentang cara mereka terlibat dengan alkohol, dadah dan tembakau, kami mengakui bahawa terdapat risiko yang berkaitan dengan perdagangan dan penggunaan bahan ini. Kami tidak membenarkan perdagangan alkohol, produk tembakau, atau dadah. Kami juga tidak membenarkan pertunjukan, pemilikan, atau penggunaan dadah.

Kami mengakui bahawa bahan ini boleh mendatangkan risiko kemudaratan tinggi kepada orang muda. Kami tidak membenarkan paparan orang muda memiliki atau menggunakan alkohol, produk tembakau atau dadah.

Kandungan adalah dihadkan (18 tahun dan ke atas) dan tidak layak untuk FYF jika ia membincangkan dadah atau bahan terkawal yang lain, menunjukkan orang dewasa mengambil jumlah produk alkohol yang berlebihan, atau mempromosikan produk tembakau. Kandungan akan dihadkan (18 tahun dan ke atas) jika ia menunjukkan orang dewasa menggunakan produk tembakau.

Ketahui lebih lanjut tentang penggunaan bahan dan dapatkan maklumat untuk sumber rawatan, sokongan dan pemulihan.

Maklumat Lanjut

Produk tembakau termasuk produk vaping, produk tembakau tanpa asap atau boleh bakar, produk nikotin sintetik, e-rokok dan Sistem Penghantaran Nikotin Elektronik yang lain.

Bahan terkawal termasuk ubat preskripsi, ubat belian kaunter, kanister udara termampat (whippets), dan nitrite poppers.

TIDAK DIBENARKAN

  • Memudahkan perdagangan atau pembelian alkohol, produk tembakau, dadah atau bahan terkawal yang lain
  • Pemasaran produk tembakau, dadah, atau bahan dikawal selia yang lain
  • Memberikan arahan tentang cara membuat spirit, dadah, atau bahan terkawal buatan sendiri yang lain
  • Menunjukkan, memiliki, atau menggunakan dadah atau bahan terkawal yang lain secara rekreasi, termasuk tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu berada di bawah pengaruh
  • Menunjukkan orang muda memiliki atau menggunakan alkohol, produk tembakau, dadah, atau bahan terkawal yang lain
  • Menunjukkan penyalahgunaan barangan rumah biasa atau produk belian kaunter untuk menjadi mabuk, seperti antihistamina, buah pala, kanister oksida nitrus, atau menghisap gam

DIHADKAN (18 tahun dan ke atas)

  • Membincangkan dadah atau sebarang bahan terkawal (asalkan bahan terkawal tersebut tidak digunakan atau ditunjukkan)
  • Menunjukkan pengambilan alkohol dalam kuantiti yang berlebihan oleh orang dewasa
  • Mempromosikan produk tembakau
  • Menunjukkan pengambilan produk tembakau oleh orang dewasa
  • Mempromosikan produk alkohol

TIDAK LAYAK FYF

  • Membincangkan dadah atau sebarang bahan terkawal (asalkan bahan terkawal tersebut tidak digunakan atau ditunjukkan)
  • Menunjukkan pengambilan alkohol dalam kuantiti yang berlebihan oleh orang dewasa
  • Mempromosikan produk tembakau

DIBENARKAN

  • Meningkatkan kesedaran tentang penyalahgunaan bahan dan perkongsian kisah pemulihan
  • Menyokong pembaharuan dasar dan peraturan dadah

Senjata Api dan Senjata Berbahaya

TikTok ialah tempat yang membolehkan anda berkongsi atau mencari maklumat tentang penggunaan dan pemilikan senjata yang bertanggungjawab, serta potensi yang berkaitan untuk kemudaratan serius. Senjata api dan senjata letupan boleh menyebabkan kecederaan parah atau kematian, terutamanya apabila digunakan dalam cara yang tidak selamat. Kami tidak membenarkan perdagangan atau pemasaran senjata api atau senjata letupan, atau kandungan yang menunjukkan atau mempromosikan senjata api atau senjata letupan jika tidak digunakan dalam persekitaran yang selamat atau sesuai.

Maklumat Lanjut

Senjata api termasuk senjata api yang dibuat secara profesional, senjata api reka ganti (seperti senapang hantu atau senapang cetakan 3D), aksesori senjata api, dan peluru.

Persekitaran yang selamat atau sesuai termasuk konteks profesional (seperti tentera dan polis), persekitaran rekreasi (seperti padang tembak dan pemburuan), konteks pendidikan, dan persekitaran fiksyen.

TIDAK DIBENARKAN

  • Memudahkan dagangan, atau menawarkan arahan tentang cara membuat senjata api atau senjata letupan
  • Pemasaran senjata api atau senjata letupan
  • Menunjukkan atau menggalakkan senjata api atau senjata letupan yang tidak digunakan dalam persekitaran yang selamat atau bersesuaian

Dagangan Barangan dan Perkhidmatan Terkawal

Barangan dan perkhidmatan terkawal sering memainkan peranan yang penting. Penting untuk memahami bahawa barangan dan perkhidmatan ini terkawal atas sebab tertentu. TikTok bukan suatu tempat untuk pemerdagangan atau perdagangan haram, atau pasaran tidak rasmi (pasar Gelap atau Kelabu). Kami tidak membenarkan perdagangan atau pemasaran barangan dan perkhidmatan yang dikawal, dilarang, atau berisiko tinggi. Ini termasuk alkohol, produk tembakau, bahan dikawal selia, senjata api dan senjata berbahaya yang lain, perkhidmatan seksual, haiwan, barangan palsu, dan arahan tentang cara membuat bahan terkawal atau senjata api.

Maklumat Lanjut

Perdagangan termasuk jualan, pembelian, pengubahan hala, pertukaran, dan hadiah percuma barangan dan perkhidmatan. Ini termasuk menyediakan halaman web atau lokasi fizikal, perkongsian maklumat hubungan dan mengubah hala orang untuk berinteraksi di dalam atau luar platform (termasuk pemesejan langsung).

Produk tembakau termasuk produk vaping, produk tembakau tanpa asap dan boleh bakar, produk nikotin sintetik, e-rokok, dan Sistem Penghantaran Nikotin Elektronik yang lain.

Bahan terkawal termasuk ubat preskripsi, ubat belian kaunter, kanister udara termampat (whippets), dan nitrite poppers.

Senjata api termasuk senjata api yang dibuat secara profesional, senjata api reka ganti (seperti senapang hantu atau senapang cetakan 3D), aksesori senjata api, dan peluru.

TIDAK DIBENARKAN

  • Memudahkan dagangan atau pemasaran barangan dan perkhidmatan terkawal, terlarang, atau berisiko tinggi, termasuk:
    • Perjudian atau aktiviti seperti perjudian
    • Alkohol dan produk tembakau
    • Ubat haram, ubat preskripsi dan belian kaunter, produk penurunan berat badan atau penambahan otot, dan bahan terkawal lain
    • Senjata api dan senjata letupan
    • Produk palsu, seperti barangan mewah
    • Mata wang, dokumen palsu dan maklumat yang dicuri
    • Perkhidmatan yang meningkatkan interaksi secara buatan
    • Perkhidmatan seksual, termasuk menawarkan atau meminta perbuatan seksual (pengumpanan), sembang seksual, imej, pornografi, kandungan eksklusif ahli, dan penstriman kandungan dewasa melalui kamera web, seperti penanggalan pakaian, pemodelan bogel, atau pengonanian (kamera seksual)
    • Haiwan hidup dan mana-mana bahagian haiwan terancam, seperti produk dan ubat yang diperbuat daripada gading gajah, tulang harimau, tanduk badak sumbu, atau cangkerang penyu
    • sebarang item yang menggalakkan ucapan benci, ideologi kebencian atau organisasi kebencian, seperti buku atau pakaian dengan logo kebencian

Pendedahan Komersial dan Pemasaran Berbayar

Kami menghargai sudut pandangan yang tulen dan mahu perbincangan di TikTok tentang produk dan perkhidmatan terbuka dan jujur. Untuk mengelak daripada mengelirukan orang ramai, pengakuan hubungan material yang berkaitan dengan kebolehpercayaan kenyataan anda adalah penting. Jika anda memasarkan sesuatu perniagaan, produk, atau perkhidmatan, anda hendaklah membuat pendedahan menggunakan tetapan pendedahan kandungan. Ini termasuk pemasaran untuk diri anda, atau jenama, produk, atau perkhidmatan pihak ketiga sebagai pertukaran untuk pembayaran atau insentif yang lain. Kandungan pemasaran akan tidak layak untuk FYF jika tidak dinyata menggunakan tetapan pendedahan kandungan. Untuk jenis hubungan material yang lain, anda mesti membuat pendedahan jelas tentang hubungan tersebut.

Kami tidak membenarkan sebarang bentuk pemasaran politik berbayar di TikTok. Ketahui lebih lanjut tentang orang yang dianggap sebagai akaun Kerajaan, Ahli Politik dan Parti Politik.

Maklumat Lanjut

Hubungan material bermaksud hubungan yang mungkin mempunyai kesan yang penting ke atas kredibiliti mana-mana perwakilan atau pengesahan. Ini mungkin termasuk hubungan peribadi, keluarga, pekerjaan dan kewangan.

Pendedahan ialah pernyataan jelas yang menerangkan sifat komersial kandungan anda atau hubungan anda dengan pihak ketiga.

Bayaran atau insentif lain oleh merujuk kepada bayaran tunai, produk percuma, kredit kedai, diskaun, dan akses khas kepada produk, perkhidmatan, atau acara.

PENDEDAHAN DIPERLUKAN (menggunakan tetapan pendedahan kandungan)

  • Kandungan memasarkan perniagaan, produk, atau perkhidmatan anda
  • Kandungan memasarkan jenama pihak ketiga atau perniagaan, produk, atau perkhidmatannya sebagai pertukaran untuk pembayaran atau sebarang insentif lain
  • Hubungan material lain, seperti kajian tentang produk, perkhidmatan, atau industri apabila anda mempunyai hubungan atau kaitan dengan syarikat atau industri yang terlibat dalam pembuatan atau jualan produk atau perkhidmatan tersebut, dengan membuat pendedahan yang jelas dalam kapsyen, tera air, atau pelekat

TIDAK LAYAK FYF

  • Kandungan pemasaran yang tidak dinyata menggunakan tetapan pendedahan kandungan

Pemalsuan dan Penipuan (Scams)

Kami inginkan anda dapat menggunakan TikTok untuk mempelajari cara bertanggungjawab dari segi kewangan dan mempertimbangkan transaksi ekonomi atau peluang pelaburan, tanpa merisaukan penipuan atau eksploitasi kewangan. Kami tidak membenarkan percubaan untuk memalsu atau menipu ahli komuniti kami.

Ketahui lebih lanjut tentang cara untuk mengenal pasti penipuan dalam talian dan melindungi diri anda.

Maklumat lanjut

Pemalsuan dan penipuan ialah tindakan menipu atau mengelirukan yang biasanya mengeksploitasi orang lain untuk keuntungan kewangan atau untuk memperoleh maklumat peribadi individu.

TIDAK DIBENARKAN

  • Pemudahan penipuan yang menyasarkan kewangan individu, pencurian identiti atau pemancingan data, dan penipuan berkaitan pelaburan, transaksi kewangan, atau pekerjaan
  • Menyelaras, memudahkan, atau memberikan arahan tentang cara menjalankan penipuan
  • Pemalsuan organisasi, seperti pengubahan wang haram dan memindahkan wang yang diperoleh secara haram untuk orang lain (penyeludupan wang)
  • Perekrutan untuk syarikat yang menjual produk atau perkhidmatan dalam struktur piramid menerusi pengedar bebas (pemasaran berbilang peringkat atau MLM)
  • Pemudahan dagangan mata wang, dokumen palsu, dan maklumat yang dicuri