#CapCut LAWIN, GERIK – PASUKAN PEMANTAU OP SELAMAT 23 JSPT PERAK BANTU PENGGUNA JALANRAYA ALAMI KEROSAKAN KENDERAAN LAWIN, 1 Februari – Keprihatinan dan profesionalisme anggota polis terserlah apabila Team CHARLIE, Pasukan Pemantau Op Selamat 23 Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak tampil memberikan bantuan kepada seorang pengguna jalan raya yang mengalami kerosakan kenderaan di kawasan Lawin, Gerik. Tindakan pantas pasukan ini bukan sahaja memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin, malah mencerminkan komitmen berterusan JSPT Perak dalam memantau kelancaran lalu lintas serta memberikan bantuan sewajarnya sepanjang musim perayaan ini. Orang ramai diseru agar sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan serta menghubungi pihak berkuasa sekiranya berdepan sebarang kecemasan di jalan raya. SELAMAT BERSAMA JSPT #JSPT #JSPTPERAK #polisperak #opselamat23 #SelamatBersamaJSPT #polisdanmasyarakatberpisahtiada #billyindustries