BAKAL MENANTU AUNTY LEHA || R M 20 #RandomTeaser “ARE you okay?” Nadhir menjeling ke sebelah. Nadha mengangguk walaupun dia sendiri tak yakin dengan perasaannya ketika itu. Aku okey ke? “It’s not a crime to cry. So just cry if you want to...” Tak sampai beberapa saat Nadhir berkata begitu, terdengar bunyi orang menangis di sebelah. Tanpa dipinta, Nadhir tarik dan peluk bahu gadis itu. “It’s is hurt?” “Like hell.” Nadha menjawab dalam tangisan. “Do you really love him?” Nadha menggeleng. Nadhir tersenyum segaris. “Liar... you are a bad liar.” Makin kuat Nadha menangis. “Yalah-yalah. Nangislah puas-puas.” Nadhir berkata sambil menggosok kepala Nadha. Hampir sepuluh minit berlalu, barulah Nadha berhenti menangis. “Feeling better?” soal Nadhir sambil memandang wajah gadis itu. Nadha mengangguk. “Thanks.” Nadha menggumam sambil mencapai sehelai tisu yang diberikan oleh lelaki itu. “Hmmm, tiga kotak tisu habis. Kira hebat juga penangan mamat tu. Kalah....siapa nama your ex dulu? Farid?” “Jangan sebut nama jantan tak guna tu lagi.” Nadha menderam keras. “Yalah-yalah. Tapi, nama Encik Kim boleh sebut tak?” sengaja Nadhir mahu mengusik. Seketika, satu tamparan kuat hinggap di belakang bahu lelaki itu. “Aduh! Sakitlah!” “Tahu pun sakit.” Nadha menjeling. Berkerut dahi Nadhir ketika menggosok belakang bahunya itu. Gila, rasa macam nak tercabut bahu dek penangan gadis itu. “Tu ke sebab you ajak I teman you pergi dinner? Sebab nak sakitkan hati bos you?” soal Nadhir setelah sekian lama mendiamkan diri. Nadha menarik nafas dalam-dalam. “It’s is worth it?” “Meaning?” soal Nadha sambil memandang wajah lelaki itu. “Berbaloi ke you buat macam tu? Bawa I sebab nak sakitkan hati bos you a.k.a your lover.” “He’s not my lover okay.” Laju Nadha menafikan, namun entah kenapa pipinya terasa hangat. “Eleh, tak mengaku. Apa kes ni? I punyalah balik jauh-jauh, alih-alih kena jadi kambing hitam pulak. Siap pakej kena jeling dengan mamat tu. Mujur ramai orang tadi. Kalau tak, tak pasal-pasal kena....” Nadhir buat isyarat jari ke leher. “Jangan nak mengarutlah.” “Apa pulak mengarut? Cuba cerita sikit apa jadi ni? You bercinta dengan dia ke? Tapi apa pasal masing-masing datang bawak partner lain? Tak paham betullah...” Nadhir menggeleng. “You budak-budak apa tahu? Diam sudah...” Nadha menggumam sebelum melentukkan kepala ke bahu. Anak mata kini merenung ke dada langit. “He’s handsome. Rugilah you kalau terlepas mamat tu.” “Euwwww! Geli aaaa....” Nadha buat muka macam nak muntah. “Apa hal pulak? It’s true what!” “Dah. You sould like G lah...” “G? You mean....” Nadhir pandang wajah Nadha dengan air muka tak percaya. “Excuse me? I lurus okey!” “Dahlah. Diam kejap boleh tak? Bising macam Mak Esah.” Nadha menggumam sebelum mata kembali menatap ke langit. Hati terasa sedikit tenang. “Muka handsome macam ni you kata Mak Esah?!” Nadhir dah mula buat muka tak puas hati. “Tapi...handsome lagi Hakimi...” Dalam diam Nadha mengukir senyuman. Nadhir memutarkan bebola matanya ke atas. “Yalah tu. Dah nangis-nangis sampai habis tiga kotak tisu you kerjakan, alih-alih puji juga mamat tu. Lain kali kalau nak nangis, jangan cari I. Cari aje mamat Korea tu.” Nadha tergelak. Tangan menggosok rambut lelaki itu. #CahayaAinn #ebookbest #ebookrecommendation #ebookmelayu #fyp #foryou #masukberandafyp