Moga hari ni ayah jumpa awak lagi..
Lepas ayah drop kopok hantar karipap semalam..Singgah sini kejap..
Ada anak baru semalam..Alahai rare nya muka awak ni..Hensem..
Hari ni nak settle pos karipap orang yang tak sempat ayah nak pack semua semalam..
Walaupun demam, ayah gagahkan jua..Rasa macam nak tidur puas puas je ni tapi apa kan daya..Kerja mer kerja💪💪
Deewano Ko Pata Hai - लवडय
19 comments
You may like
Semalam ayah tak tidur sampai subuh. Bukan terbeban dengan banyaknya anak bulus.. Minda ni sarat sangat dengan banyak benda nak fikir.. Dan sebentar tadi. Anak bertuah ni dah balik rumah.. “Ada penambahan sikit ya dari bil tempoh hari..” Kata doc.. Dan ayah tahu sudah tentu ada penambahan.. Lapan hari warded.. Beberapa kali dengan ujian darah. Berbekal banyaknya ubat.. Jadi ayah bajet mungkin penambahan dalam tiga empat ratus. Ayah dah get ready lebihkan bajet untuk bil anak bertuah ni.. Total semua hampir seribu tiga ratus.. Tolak dengan deposit tempoh hari, ayah kena settle dalam sembilan ratus lebih lagi.. Waktu tu ayah rasa, asudah duit cukup tak ni.. Itupun doc suruh ayah sambung warded di vet mhi dekat dengan rumah. Ayah menolak.. Ayah minta doc ajar cara bagi makan. Sebab budak bertuah hensem ni makan guna tiub lagi.. Berbasi itu dan ini dengan doc. Allah je tahu kewangan ayah tahap mana. Ayah tak mampu.. Kita stay rumah ye. Biar ayah pulak jaga rawat.. Mana tahu berbekal semangat kita. Cepat sihat, cepat baik, ayah tahu awak kuat.. Kita kan lelaki hensem idaman wanita..( hmmmmm saje je ni cari mood best).. Sepanjang balik tadi. Dia diam je. Ayah pot pet pot pet itu ini.. Sampai je rumah tadi, ayah cakap kita dah sampai rumah.. Barulah dia berbunyi suara.. Seronok ya dapat balik rumah.. Makanan awak wetfood khas untuk buah pinggang awak, ayah beli lima tin je dulu. Satu tin pun harga dia yarabbi, mahalnya 🤧 dua puluh tiga ringgit satu tin.. Itu pun bertahan untuk lima hari sahaja.. Ayah tak merungut. Ayah menulis untuk kenangan akan datang.. Bila rindu nanti, ayah buka baca balik tt kita ni.. Di 13 jun 2024, hari yang menyedihkan untuk ayah.. Sekian, Anak nombor dua, Si bujang hensem 🤧#kisahkucingjalanan#kucingsakitbuahpinggang#kelangsungankucingjalanan
sahabatmeow17
24.1K
·2024-6-13Anak sakit.. Kewangan yang struggle, emosi tak stabil. Pagi tadi pula bapak ada appointment dengan doc. Bila doc bagitahu buah pinggang bapak dah tahap empat.. Ayah rasa macam 😭😭😭 Di usia 40an sekarang. Rasa nak tenang tenang dengan anak anak bulus jalanan.. Tapi sekali sekala Allah jentik jugak hati ni.. Dah bahagia bahagia, Allah bagi jugak suruh hati ni sekali sekala menangis.. Haritu dah menangis bila si abang mati. Tak sampai sebulan lagi yaAllah. Datin pulak sakit.. Semalam dah sedih pasal datin. Hari ni tambah bapak sendiri pulak sakit.. Bila sedih macam ni. Rasa macam nak kawen je esok.. Biar ada bahu yang halal, senang nak pinjam bila dalam keadaan macam ni. Mungkin akan sedikit lega.. Tapi itulah.. 😢 Melepaskan nafas yang hela.. Ayah okey datin. Nanti ayah akan okey.. Bila macam ni, petang nanti ayah cari pantai.. Bil datin sudah mencecah sembilan ratus lapan puluh lima ringgit.. Ayah tak ada pilihan selain saving asb ayah🤧#kucing #kelangsungankucingjalanan #kucingsakit #kucingjalanan #kucingcomel
sahabatmeow17
1979
·2024-7-11Semalam..Waktu Waktu sebegini ayah minta pada Allah biarlah Allah gerakkan hati hati mereka yang baik untuk habiskan stock kopok yang ada.. Alhamdulilah, stock kopok berganjak hampir habis..Masih berbaki sedikit sahaja lagi.. Rutin yang sama..Dah settle drop kopok orang..Ayah singgah kat sini dulu..Kalau sihat, ada kibbles maka ini adalah rutin wajib setiap hari.. Tapi bila ayah datang sini..View pertama jadi tatapan empat mata ayah adalah ini.. Baby yang ayah gelarkan dia walaupun dah besar panjang, setia menunggu di tempat yang sama saban hari.. Basah yah..Baby lapar..Jadi baby tunggu ayah... Sehingga ayah terfikir, kalau ayah tak datang..Baby akan masih di situ ke.. Alam yang berkait..Segigih apa pun dalam mencari rezeki..Pernah merasa struggle dan terduduk..Moga terus cekal demi anak anak bulus.. Dan kopok masih berbaki tapi ayah off stock dulu di beg kuning..Rumah banjir, laluan keluar rumah air tinggi..Ayah tak sekental seperti siang tadi redah air banjir...Hmmmmm tak memasal kalau kereta pulak rosak... Duo lape di bule sebelas..Duo puloh duo pat..#kucingtiktok #kucing #cat #kelangsungankucingjalanan #kucingjalanan
sahabatmeow17
12.8K
·2024-11-28