Untuk menjayakan Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) berjaya, kita menggunapakai kaedah pertanian moden yang akan diuruskan sebagai sebuah entiti perniagaan seperti satu tapak kilang.
Kita akan ada pengurusan yang profesional dan mereka yang terlibat akan dilatih bermula peringkat awal melalui satu set kemahiran, satu set tugas berdasarkan model pertanian moden dan dibayar gaji bulanan untuk memastikan model perniagaan dapat diteruskan. Tidak ubah seperti bekerja di kilang-kilang elektronik.
Peserta-peserta yang terdiri daripada kalangan miskin tegar kumpulan B40 akan menjadi pekerja-pekerja di dalam industri tani dan mendapat pendapatan purata setiap bulan sekitar RM2,000 -RM2,500 sepadan dengan pekerja pejabat atau kilang.
Kita yakin bahawa kita boleh mengusahakan infrastruktur-infrastruktur pertanian sebegini dengan pendapatan tetap bulanan kepada peserta INTAN di seluruh negara berdasarkan daripada hasil projek rintis yang pertama.
Untuk menyertai INTAN, pohon di sini:
original sound - Rafizi
31 comments
You may like
Seorang yang kuat Abang Hisham kita, peserta IPR INSAN. Bila dibuang kerja, di cari jalan lain untuk mencari rezeki. Sampai ke isterinya, Kak Wani pun tak tahu Abang Hisham kita apply IPR INSAN ni. Luluh hati saya, bila Abang Hisham dibuang kerja, Kak Wani ni dalam pantang. Rezeki itu tak pernah salah alamat. Alhamdulillah, Abang Hisyam dan sekeluarga dapat teruskan kehidupan dengan mesin “gedegung” ni. #IPR #INSAN #IPRINSAN #mesin #vending #machine #Rafizi #Ramli #Kementerian #Ekonomi #B40 #BukitMertajam #PulauPinang #Penang #PenangFoodie
rafiziramli
36.3K
·1d ago Putrajaya bertanya soalan, kononnya mahu penjelasan. Tapi bila jawapan dengan fakta diberikan, terus mengganggu dan buat bising. Kalau betul nak tahu, dengar dulu. Jangan bila tak suka jawapan, terus kecoh. Lihat sendiri bagaimana PN dalam Parlimen—bila berdepan dengan fakta, hilang hujah, mula gelabah! #ParlimenMalaysia #PolitikMalaysia #DebatParlimen #PNGelabah #TanyaTakMahuDengar #FaktaBukanAuta #FYP #BeritaTerkini #PolitikTerkini #rafizi #pkr #madani
rafiziramli
20.6K
·5d ago Ada satu komen seorang netizen sebut, “Aku tengok raja formula ni pun dah jijik, terus aku off tak nak dengar”. Haa kalau pekat macam mana pun sokong PN, saya nasihatkan tetap dengar penerangan saya mengenai perancangan ekonomi negara. Saya tahu abang kakak mungkin takkan terima apa pun penjelasan dari kerajaan, tapi masa depan kerjaya anak abang kakak banyak dipengaruhi perancangan ekonomi kerajaan. Anak-anak kita perlu memilih kursus dan kerjaya yang ada permintaan tinggi dan menawarkan gaji yang baik di masa hadapan. Bentuk kerja di masa hadapan banyak dipengaruhi aktiviti ekonomi baru yang dirancang kerajaan. Contohnya tumpuan kerajaan untuk membangunkan ekonomi berasaskan kecerdasan buatan (AI), digital dan tech. Bermakna di masa hadapan, lebih banyak pekerjaan berkaitan kejuruteraan elektronik, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan perisian, sains data, pemasaran digital, pembangun produk digital dan seumpamanya yang diperlukan. Dengan memahami perancangan kerajaan dan bentuk pelaburan yang sedang berlaku, ibu bapa boleh merancang bagaimana menyediakan anak mereka memilih kursus dan kerjaya yang baik di masa hadapan. Jadi demi anak-anak abang kakak, dengar je lah perancangan ekonomi negara. Ini demi masa depan anak-anak abang kakak juga. Jangan sakit hati. #Kementerian #Ekonomi #RR #Rafizi #Ramli #EkonomiMadani
rafiziramli
7052
·1w ago Banyak juga kerosakan di Surau Ibnu Sina Perda Timur, Pulau Pinang. Bumbung bocor, wiring lama sampai ada short. Tapi alhamdulillah, Cikgu Razak, Pengerusi Surau Ibnu Sina ni mohon Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR). Terus dapat bumbung, wiring, kipas dan lampu baru. Makin cerah dan ceria saya tengok surau ni. Alhamdulillah, makin ceria surau ni, makin ramai yang nak datang ke surau. #Surau #IKR #PulauPinang #Penang #Rafizi #Ramli #Kementerian #Ekonomi #RR
rafiziramli
20.3K
·2-13Dari tak ceria Tabika Perpaduan Bukit Kangkar ni, dah pun jadi ceria. Bila dah ceria, ramai dah mula mendaftar dekat tabika ni. Sampai anak Cikgu Atiqah ni cakap dulu tabika mama ni tak cantik. Tapi alhamdulillah, anak-anak dah seronok nak pergi belajar. Ibu bapa pun seronok dengan tabika ceria macam ni. Selain tambah baik surau, masjid, jalan, IKR juga tambah baik tabika. Kalau ada surau, masjid ataupun tabika yang kurang ceria, boleh mohon melalui IKR. #IKR #BukitKangkar #Johor #TabikaPerpaduan #Kementerian #Ekonomi #Rafizi #Ramli
rafiziramli
18.9K
·2-7Minta MB Sanusi selesai masalah ❌ Minta Menteri Ekonomi buat airport, keretapi, hospital, jambatan, universiti….. 🆘 Ada yang tanya saya tak kecik hati ke diorang maki saya lepas tu suruh buat macam-macam untuk diorang? Saya OK je nanti saya kaji ikut prosedur dan supaya adil kepada semua. Cuma kalau semua hal pembangunan ni di-taichi kepada Kerajaan Persekutuan, rugilah Kedah ada MB yang sempoi dan hebat tapi tak boleh nak selesai masalah rakyat. Titi kampung pun kena minta dengan Kerajaan Persekutuan! #Rafizi #Ramli #RR #KementerianEkonomi #SesiLibatUrus #madani #kedah #KerajaanPersekutuan #bantuankerajaan
rafiziramli
13.5K
·2-5bukankah begitu ketua#petaniindonesia🇮🇩🇮🇩🇮🇩🌿🌿 #petanimilenial #petanimuda #petanicabai #petanitomat
anak.petani007
11.8K
·1-25Baru-baru ini, nama saya diseru di DUN Kedah. Saya dituduh sengaja memangsakan rakyat Kedah dengan tidak meluluskan permohonan projek di Kedah. Tuduhan ini tidak beri gambaran yang penuh. Cerita sebenarnya adalah begini. Kerajaan Kedah minta pinjaman dari Kerajaan Persekutuan untuk bangunkan Fasa 5 Kulim Hi-Tech Park atau KHTP. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Ekonomi sebenarnya telah pun meluluskan RM195 juta kepada Kerajaan Kedah. Masalahnya setelah diluluskan, projek masih belum boleh berjalan kerana tanah yang dikemukakan semasa permohonan pinjaman itu bermasalah dan pembelian tidak dapat diteruskan. Kalau belum ada tanah, projek tidak dapat diteruskan. Memang syarat, mana-mana peruntukan Kerajaan Persekutuan ialah, hal pemilikan tanah perlu diselesaikan terlebih dahulu, sebelum peruntukan diluluskan semula. Kerajaan Kedah sekarang mendakwa mereka telah mengenal pasti tanah baru yang perlu dibeli dan menuntut supaya Kementerian Ekonomi meluluskan juga pelepasan peruntukan RM195 juta itu walaupun hal pemilikan tanah belum diselesaikan. Kita ada banyak pengalaman yang projek diumumkan dahulu dan peruntukan telah disediakan tetapi projek itu tergendala kerana isu pemilikan tanah yang masih tertunggak. Sedangkan Kerajaan Persekutuan perlu meminjam wang untuk menyediakan RM195 juta itu dan membayar faedah pinjaman. Kalau projek ini tergendala, rakyat Malaysia kena menanggung faedah pinjaman selama mana Kerajaan Kedah tidak dapat menyiapkan projek itu. Kita semua sedia maklum rekod pentadbiran Kerajaan Kedah sekarang bila projek tak jadi, dia akan kata saya tukang baca je ataupun itu projek swasta bukan projek saya. Lain kali sebelum seru nama saya untuk kandungan TikTok, semaklah dulu keseluruhan fakta isu itu. #rafizi #rafiziramli #kedah #kementerianekonomi #DUNKedah #KulimHiTech #madani #kerajaanperpaduan
rafiziramli
21.9K
·1-22Gong Xi Fa Cai! 🏮 Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya. Semoga Tahun Ular ini membawa kebijaksanaan, ketabahan, dan kejayaan dalam setiap langkah kehidupan anda. Semoga sambutan tahun baru diraikan dengan penuh kegembiraan, eratkan hubungan, dan nikmati hidangan yang lazat. Semoga tahun ini membawa lebih banyak ‘ong’ dan rezeki yang melimpah. Selamat Tahun Baru Cina! #rafiziramli #tahunbarucina #cny2025 #partikeadilanrakyat #madani #kerajaanperpaduan
rafiziramli
1570
·1-29Di Forum Ekonomi Malaysia 2025, semasa sesi perbincangan saya bersama Dato’ Khairussaleh Ramli (PGCEO Maybank), terdapat satu topik utama yang menarik perhatian semua orang: Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ). Selepas selesai memeterai perjanjian ini, ramai yang ingin tahu butiran perjanjian baharu ini. Pelabur global bertanya tentang insentif korporat dan peraturan; manakala orang awam tertanya-tanya sama ada ini benar-benar akan mengubah kehidupan harian mereka. Berikut adalah 3 perkara utama yang perlu diketahui tentang JSSEZ: 1.Model Kerjasama Baharu Pelaksanaan usaha merentas sempadan ini adalah satu langkah besar meninggalkan pendekatan lama. Kita berhenti melihat jiran kita sebagai pesaing. Sebaliknya, kita mencari situasi menang-menang yang memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara. Mengakui bahawa kekangan yang kita hadapi boleh diatasi jika kita menggunakan kekuatan unik antara satu sama lain. 2.Kemudahan Pergerakan Terdapat kira-kira 500,000 individu yang berulang-alik setiap hari merentasi sempadan Johor-Singapura - menjadikannya salah satu sempadan paling sesak di dunia. Penggunaan kod QR di kedua-dua sisi sempadan dijangka dapat mengurangkan kesesakan sehingga ~20%. Dengan pembinaan projek Rapid Transit System Link (RTS Link) yang sedang berlangsung, ini akan memajukan infrastruktur pengangkutan dan meningkatkan kesalinghubungan. 3.Peluang untuk Berkembang Selatan Johor adalah kira-kira 5 kali lebih besar daripada Singapura. Ia menawarkan peluang kepada syarikat untuk mendapatkan akses kepada tanah yang lebih luas sambil mengekalkan akses kepada ekosistem kewangan Singapura. Ditambah dengan pelbagai insentif cukai, ini direka untuk membantu syarikat mengembangkan kehadiran mereka dan kekal berdaya saing. Langkah ini memerlukan kepimpinan dan keberanian yang sebenar, dari kedua-dua Malaysia dan Singapura, untuk tidak membiarkan masa lalu menentukan masa depan kita. Jika JSSEZ mampu mencapai potensi penuhnya, ia boleh menjadi pendahulu kepada integrasi ASEAN yang lebih besar. Seperti yang saya nyatakan dalam video, ini adalah peluang untuk menjadi pelopor dan meramal gelombang besar permintaan pengguna seterusnya. #JSSEZ #FEM #Rafizi #Ramli #EkonomiMadani #Kementerian #Ekonomi #rafizi
rafiziramli
860
·1-23Minggu lepas saya cerita tentang ladang nenas terbesar di Sabah di bawah IPR INTAN. Masa di Sabah untuk Sesi Libat Urus RMK-13, saya sempat jumpa beberapa peserta IPR INTAN di Kota Marudu. Saya doakan mereka berjaya. Insya-Allah, Kementerian Ekonomi akan terus sokong. #rafizi #rafiziramli #IPR #INTAN #kementerianekonomi #madani #nenas #kerajaanperpaduan #sabah
rafiziramli
23.4K
·1-20