Yogeswary, ‘guard’ viral di HRPB Ipoh akan dikurniakan Darjah Kebesaran
Tahniah auntie
Tahniah Pn Yogeswary, ‘guard’ viral di HRPB Ipoh akan dikurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan oleh YDP Agong.
“First aunty nak ucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada semua pelawat yg datang ke HRPB Ipoh. Dengan support dan komen-komen anda, aunty akan menerima pingat ini. Atas jasa aunty di kompleks wanita dan kanak-kanak, terutama untuk kesemua adik adik perempuan yg datang untuk bersalin di KWKK dan juga dapat memudahkan para ayah untuk dapatkan parking.
Sekarang aunty berjasa di Kompleks Rawatan Harian untuk pesakit kurang upaya (warga emas) di sini. Aunty dapat perhargaan ini dari anda semua. Komen-komen anda masa aunty diviralkan dulu.
Terima kasih aunty ucapkan pada anda semua dan tak lupa pada syarikat saya United yg kini aunty berkhimat sekarang, unit keselamatan kami, family aunty and all my FB friends dan pegawai-pegawai atasan di HRPB Ipoh. Terima kasih sekali lagi untuk anda semua” - Pn Yogeswary
Kredit: VIRAL PERAK
#Mynewshub
Beginning - ZydSounds
You may like
MB Johor Berkongsi Kisah Mengenai Tunku Mahkota Ismail TUNKU ISMAIL PAKAR INSPIRASI, RAJA BERJIWA RAKYAT Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail membuktikan sekali lagi baginda bukan sahaja seorang raja berjiwa rakyat, tetapi juga pakar yang mampu menginspirasikan jiwa dan hati nurani insan. Barangkali ramai tidak tahu apa yang dilakukan oleh Tunku Mahkota Ismail sebelum berlangsungnya perlawanan penting antara JDT dan Pohang Steelers FC dari Korea Selatan pada 18 Februari lalu. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menceritakan, beberapa hari sebelum aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Ismail membawa pengurusan dan pemain JDT menziarahi sebuah keluarga di Pontian, Johor. Keluarga tersebut sedang berdepan dengan kehidupan yang sukar kerana ketua keluarganya bersendirian menjaga empat anak dengan melakukan kerja-kerja tidak tetap selepas kematian isteri. Paling menarik dalam cerita ini adalah berkenaan ucapan Tunku Mahkota Ismail kepada para pemain dan pengurusan JDT selepas mereka selesai menziarahi keluarga tersebut. Pertama, Tunku Mahkota Ismail mengucapkan terima kasih kepada pemain dan pengurusan JDT kerana sudi meluangkan masa menziarahi keluarga yang berada dalam kesusahan tersebut. Selaku pengasas dan pemilik JDT, baginda tidak perlu pun mengucapkan terima kasih kerana ia boleh sahaja berbentuk suatu arahan, namun inilah ciri-ciri sebenar ketokohan seorang pemimpin yang bijaksana. Kedua adalah berkenaan kata-kata Tunku Mahkota Ismail mengingatkan betapa baginda berasakan pemain dan pengurusan JDT serta dirinya diberkati dalam menghadapi setiap cabaran. Ia kerana walau apa pun cabaran yang perlu dihadapi pasukan JDT, ia tiada apa jika dibandingkan dengan dugaan hidup yang dihadapi keluarga tersebut. Bagi pemain JDT, cabaran mereka untuk memberi aksi terbaik dalam setiap perlawanan. Namun, cabaran baginda adalah untuk memberi kehidupan terbaik buat kira-kira 4 juta insan di Johor. Sebab itu, jika diperhatikan, Tuanku aktif bukan sekadar dalam bola sepak, tetapi membantu juga kemajuan ekonomi negeri yang seterusnya mewujudkan pelbagai macam peluang kerja kepada rakyat baginda. Mana mungkin kita lupa beberapa tahun lalu Tuanku selama berhari-hari meredah banjir di sekitar negeri Johor bagi memastikan bantuan sampai kepada rakyat baginda. Ternyata, apa yang dilakukan dan diungkapkan Tunku Mahkota Ismail itu seumpama azimat penguat semangat yang berjaya memotivasikan barisan pemain JDT untuk beraksi ke satu tahap lebih tinggi. Kata-kata hikmah itu juga jelas menampilkan seorang raja berjiwa rakyat yang dimiliki oleh Bangsa Johor apabila baginda menginsafi akan cabaran yang dihadapinya demi kesejahteraan hidup rakyat negeri itu. Semoga kepimpinan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menjadi contoh terbaik buat pemimpin negara, masyarakat dan setiap ketua keluarga di negara ini. Inysa-Allah. - MYNEWSHUB #JOHOR #johordarultakzim #jdt🔵🔴 #JDT #jdtfamily #jdtforall #mynewshub #fyp
mynewshub
16
·4h ago Patut dari dulu la buat camni....so takyah la rembat dana Armada.....🫣....lepas tu kantoi....lepas tu kena hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta atas empat pertuduhan.....kan jenuh tu.....🤣🤣🤣 #mynewshub #syedsaddiq
mynewshub
24
·1d ago