Isteri ditolak ke gaung..
"9 jam isteri ini berusaha merangkak naik ke atas. Dengan tulang belakang dan rusuk cedera dan hancur, dirinya cuba naik ke tebing sebelum dijumpai orang.
"Abangnya beritahu, kedalaman gaung itu lebih kurang 10 meter atau lebih kurang bangunan tiga tingkat. Polis beritahu mangsa bernasib baik tak dibaham binatang buas kerana gaung itu agak dalam. Sunyi sepi.
Mingguan Wanita menemuramah Ustaz Affenddy Mohamad yang juga kenalan kepada abang mangsa mengenai situasi terkini isteri malang ini.
Ustaz Affenddy yang juga seorang motivator turut berkongsi kenapa seorang wanita perlu menolak lamaran lelaki gila begini. Bahkan ibu bapa juga tak seharusnya terus bersetuju dengan calon menantu sebegini.
Ada banyak lagi dikongsi oleh bekas guru ini dan jika sudah terperangkap dalam perkahwinan begini, wanita harus keluar kerana perceraian itu dibenarkan.
Mingguan Wanita akan memuat naik temubual penuh ini malam esok.
#minggguanwanita #temansetiapwanita #isteri
See translation
original sound - MingguanWanita
2542 comments
You may like
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat. Penyayi hebat ini jasanya tidak pernah dilupakan dan lagu-lagu dendangannya juga malar segar. Tahniah buat Uji Rashid yang juga penerima anugerah NONA Superwoman Awards 2024 kategori Nona Legend Award. Malam penghargaan Nona Superwoman Award 2024 dibawakan oleh Majalah Nona & Nu Ideaktiv serta penaja utama Bartech Beautee dan penaja bersama @furnitureandchoicemy. #majalahnona #nonasuperwoman #nonaSmsuperwomanAward #nonasuperwomanaward2024 #fyp
mingguanwanita
7328
·1-10"Jangan simpan baju arwah terutama ada bau-bau peluhnya. Sebabnya biasa ada "benda" mengikut. Ia bukan berlaku seminggu dua tapi dalam tempoh bertahun, ada saja hal yang akan buat kita tak sihat. "Dah basuh tak apa. Tiada masalah. Simpanlah. Acik pernah berhadapan dengan kes ada orang minta tolong mengubatnya. Bila di check-check, dia mengaku simpan baju arwah... Ikuti kisah menarik bersama Puan Lasminah Dul Siraj yang juga tukang mandi jenazah berpengalaman berpuluh tahun dalam urusan jenazah di Sembang Wanita Xtra. Mati itu pasti dan semoga kisahnya menjadi iktibar buat kita yang menontonnya.
mingguanwanita
273.4K
·2024-7-26"Saya besarkan anak-anak dengan kuah air mata. Bekas suami janji nak bagi RM500 dalam mahkamah untuk 8 anak tapi tak pernah bagi. Usahawan Pandan
mingguanwanita
363K
·2024-5-15Dr Moon Munirah berkongsi kisah tentang dirinya yang hidup bermadu. Nasihat Dr Moon sebagai isteri jangan terlalu terkejar-kejar suami berhentilah jadi ‘pengemis’ pada suami. Wanita diri mereka sangat berharga. Memang sakit bila suami mahu kahwin lagi namun ingatlah wanita kena jadi seperti magnet! Ikuti kisah Dr Moon bila suaminya, Dr Shazif memberitahu mahu berkahwin lagi. Memang sakit namun dirinya tenang hadapi situasi tersebut. #mwambiltahu #mingguanwanita #fyp
mingguanwanita
7
·6h ago Sebagai seorang ibu Amy Mastura sentiasa mendoakan yang terbaik buat suami dan anak-anak. Sememangnya doa ibu sangat mustajab, jadi doalah yang terbaik buat anak-anak. Akui dirinya seorang insan yang kerdil Amy juga sentiasa baiki diri menjadi isteri yang terbaik. #mwambiltahu #mingguanwanita #fyp
mingguanwanita
31
·16h ago Kelibat Fattah Amin dan Amira Othman berjalan beriringan di runway kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025 mencuri tumpuan! Mereka antara 10 duta yang memperagakan koleksi raya Jakel bersama Nabil Ahmad, Elly Mazlein, Cik Epal, Sally Who, Angelina Nasir dan Kumpulan Senario. #mingguanwanita
mingguanwanita
1263
·21h ago Sumbat anak dalam lubang jamban. Ini kisah paling kak Pah tak boleh lupa. Seorang gadis yang menjadi banduan akhir. Kak Pah jumpanya ketika program Ramadan di penjara. Usianya 26 tahun. Dalam kisahnya pada kak Pah, waktu itu dia belajar di kolej ketika usianya 18 tahun. Pagi itu dia masih dalam kelas sampailah dia rasa nak beranak. Terpaksa bersalin seorang diri sedangkan dia dalam ketakutan. Sebab takut dia flush anak dilahirkan ke lubang jamban. Kalau kak Pah di tempatnya mungkin kak Pah juga buat begitu kerana ketakutan dan tak tahu hendak buat apa. Masa yang sama, kak Pah dapat rasakan dia anak yang baik namun berada di tempat yang salah dan kenal lelaki yang salah. Dan anak ini perlu dibantu kerana keluarganya juga sangat supportive. Masa kesnya dibawa ke mahkamah, kak Pah memang nekad akan ambil peguam untuk membela dirinya. Tapi Allah itu maha penyayang bila mana hakim Mahkamah Rayuan memutuskan dirinya tak bersalah. Kak Pah ingat lagi ayat Hakim, "kamu bebas bebas berjalan keluar, masa dengar garinya dibuka itu, hati kak Pah menangis syukur. Inilah pengalaman dilalui oleh aktivis masyarakat, puan Natipah Abu yang aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan membantu orang dalam kesusahan. #natipah #vodcast #sembangwanitaxtra
mingguanwanita
49
·2d ago Anak letak ayah dekat kandang lembu sebab tak mahu jaga. "Kak Pah ingat lagi, pakcik ni selalu sebut nak balik tapi dia tak sedar yang anak-anak dah "buang" dia secara halus. Lepas hantar ayah ke Kak Pah, mereka langsung tak jengah ayah mereka. "Tapi pakcik ini masih fikir yang anak-anak masih mahu ambil dirinya sampailah dia kemas semua baju-bajunya dan minta hantar ke rumah anaknya. Dia kata kak Pah bagi cuci. Tapi sehari dua saja kemudian anak seret dirinya letak di laman sebab dia tak mahu turun. "Sedih kalau kak Pah ingat semua ini. Tapi akhirnya kak Pah pujuk pakcik ini dan cakap di rumah inilah rumah pakcik. Di saat akhir hayatnya, dia tanya bila nak balik ke rumah kita dan saat itu kak Pah rasa inilah kejayaan manis kak Pah membantu orang-orang tua yang tiada siapa mahu menjaga walau ada anak. Demikian perkongsian Natipah Abu yang bergiat aktif dalam kerja kemanusiaan di utara tanah air dan menubuhkan rumah Qaseh Budiman dan Pertubuhan Jariah Qaseh di Gurun, Kedah bagi membantu anak-anak dan warga tua yang hidup susah. #mingguanwanita #sembangwanitaxtra #podcast #vodcast #natipahabu
mingguanwanita
5227
·3d ago Berkahwin pada usia 24 tahun dengan lelaki berstatus duda, penyanyi Sarah Suhairi kini menjadi ibu tiri kepada tiga orang anak. Berkongsi kehidupan selepas membina mahligai dengan suami tercinta, Sarah bahagia anak-anak menjadi penyeri dalam kehidupan. #mwambiltahu #mingguanwanita
mingguanwanita
19
·3d ago Wanita hari ini memikul tanggungjawab besar—mengimbangi kerjaya yang mencabar, menjaga keharmonian keluarga, dan mengejar impian peribadi. Dengan kekuatan, kesabaran, dan ketekunan, mereka menjadi inspirasi kepada semua. Peranan wanita bukan sekadar memenuhi tanggungjawab, tetapi juga membentuk dunia yang lebih baik untuk generasi akan datang. #mingguanwanita #sembangwanitaxtra #tansrirafidahaziz
mingguanwanita
37
·4d ago Peranan Terindah Yang Membawa Bahagia Dalam Rumahtangga. Tak Adalah Masalah Ego Dalam Rumahtangga. "Di luar, kita mungkin berjawatan tinggi atau memegang pangkat besar. Namun di dalam rumah, semua gelaran itu saya ditinggalkan di pintu. Di rumah, saya adalah isteri dan ibu. Peranan terindah yang membawa bahagia dalam rumahtangga. Tak adalah masalah ego dalam rumahtangga." Perkongsian Tan Sri Dato' Seri Rafidah binti Aziz mengenai peranan wanita dalam rumahtangga ini sememangnya ada kebenarannya apatah lagi rumahtangga yang harmoni tercipta apabila suami isteri saling memahami dan menjalankan peranan masing-masing dengan ikhlas. #mingguanwanita #sembangwanitaxtra #tansrirafidahaziz
mingguanwanita
317
·5d ago