Company

Program

Terms & Policies

© 2025 TikTok

We're having trouble playing this video. Please refresh and try again.

Satu majlis penghargaan telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, di mana saya menyampaikan sedikit sumbangan kepada pelajar-pelajar terpilih yang berjaya dalam SPM 2023. Majlis tersebut bertujuan untuk menghargai usaha dan kejayaan pelajar yang telah menunjukkan prestasi akademik yang memberansangkan.

Seramai 12 orang pelajar telah menerima anugerah ini, dengan pencapaian yang membanggakan. Majlis ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang berjaya, tetapi juga untuk memberi motivasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

Saya menzahirkan rasa syukur dan bangga terhadap pencapaian para pelajar. Saya berdoa agar mereka terus cemerlang di masa hadapan. Saya juga turut menekankan pentingnya sokongan berterusan daripada guru-guru dan ibu bapa dalam membantu pelajar mencapai kejayaan.

Saya menegaskan kepentingan menjaga hubungan dengan Allah dan makhluk. Jaga solat fardhu, tambah solat sunat. Perbanyakkan solawat. Sentiasa dapat restu dan redha ibuayah dan para guru agar dapat kejayaan dan keberkatan dalam hidup.

Semoga kejayaan mereka menjadi inspirasi kepada semua pelajar di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah untuk terus berusaha dan mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat. InshaAllah

#KedahSejahtera #kualanerang #ybmunir #kualanerangsejahtera #thegreaterkedah #hjmunir #excokedah #kedahsejahteranikmatuntuksemua

𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐁 𝐋𝐈𝐊𝐄, 𝐊𝐎𝐌𝐄𝐍 & 𝐒𝐇𝐀𝐑𝐄.

2 comments

You may like